PENGENALAN

Adalah tanggungjawab anda untuk memahami dan mematuhi segala terma dan polisi yang digariskan di dalam Bahasa Melayu di bawah antara Angkasa sebagai penyedia perkhidmatan dan anda sebagai pelanggan dan pengguna.

Angkasa menyediakan perkhidmatan webhosting ini kepada koperasi di seluruh Malaysia. Angkasa bertanggungjawab untuk melindungi data pelanggan dan menyediakan mereka dengan perkhidmatan yang terbaik.  Berikut adalah tatacara dan garis panduan untuk perkhidmatan ini.

 PENGGUNAAN KOMPUTER PELAYAN (Web Server)

Angkasa menyediakan perkhidmatan subdomain, database (MySql), cpanel, ftp akaun dan ruangan storan (terhad sehingga 2GB) secara percuma kepada koperasi. Angkasa akan memberi subdomain secara percuma seperti alamat www.namakoperasi.mykoperasi.coop, namun jika koperasi inginkan domain terus ke nama koperasi seperti www.namakoperasi.com, .org, .com.my, caj akan dikenakan mengikut kadar semasa.  Pangkalan Data/Database yang disediakan oleh Angkasa Hosting ialah MySQL, ini bermakna MsSQL tidak termasuk dalam perkhidmatan ini.  

Pakej yang ditawarkan oleh Angkasa  adalah untuk kegunaan pemilik awal sahaja. Pelanggan tidak dibenarkan untuk menjual semula, menyimpan atau memberikan perkhidmatan penyewaan ruang web mereka kepada pihak lain, kecuali mereka telah mendapat kebenaran daripada pihak Angkasa. Angkasa berhak untuk menarik balik perkhidmatan dan/atau capaian ke komputer pelayan mereka kepada sesiapa yang dianggap tidak perlu atau telah melanggar terma dan syarat perkhidmatan ini.

Semua perkhidmatan yang disediakan oleh Angkasa hanya boleh digunakan untuk tujuan yang sah mengikut undang-undang sahaja. Penghantaran, penyimpanan atau penyiaran sebarang maklumat, data atau bahan yang melanggar undang-undang kerajaan Malaysia adalah dilarang sama sekali. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada: bahan hakcipta, bahan-bahan yang membawa unsur ugutan/ancaman atau lucah, pornografi, perisian atau fail-fail cetak rompak, atau bahan dilindungi oleh kerahsiaan perdagangan. Pelanggan hendaklah bersetuju untuk membayar tuntutan ganti rugi kepada Angkasa Hosting jika penggunaan perkhidmatan ini mengakibatkan kerugian dan kerosakan kepada pelanggan atau pihak lain. Segala pendakwaan dan tindakan sivil ke atas pemilik laman adalah ditanggung sendiri semata-mata tanpa melibatkan pihak ANGKASA.  Angkasa tidak membenarkan agen ‘spam’, spider, IRC atau bot IRC untuk beroperasi di perkhidmatan web hosting ini.

Contoh-contoh kandungan atau pautan yang dilarang:

* Perisian Cetak Rompak
* Klip Video / MP3 tidak sah
* Perisian penggodam komputer atau dokumen
* Laman Web Warez (Laman Web yang mengandungi bahan cetak rompak)
* Bahan Porno
* Perjudian
* Program pelaburan sangsi atau tidak sah

Sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang akan menyebabkan laman web anda ditutup dan semua bahan anda akan dibuang dari ruang storan tanpa amaran.

 PERKHIDMATAN SOKONGAN PELANGGAN

Angkasa menyediakan perkhidmatan sokongan kepada pelanggan-pelanggan terhadap sebarang masalah teknikal berkaitan nama domain atau webhosting. Pihak Angkasa akan membangunkan laman web koperasi untuk kali pertama sahaja secara asas beserta latihan kemaskini laman web.

 PERUBAHAN HARGA

Jumlah yang dibayar untuk nama domain tidak akan berubah dari tarikh pembelian. Angkasa berhak mengubah harga yang dinyatakan dan berhak mengubah jumlah sumber bagi setiap plan pada bila-bila masa.

GANTIRUGI

Pelanggan bersetuju untuk menanggung risiko mereka sendiri apabila menggunakan semua perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Angkasa. Pelanggan bersetuju untuk mempertahankan, mengganti rugi, menyelamatkan serta mempertahankan Angkasa daripada menerima akibat dari apa jua permintaan, liabiliti, kehilangan, tuntutan kos, termasuk yuran guaman yang mendakwa pelanggan, pegawai serta kakitangan kami yang disebabkan oleh sebarang perkhidmatan atau penyampaian atau perjanjian untuk menyampaikan atau sebarang produk/perkhidmatan yang dijual oleh pelanggan, ejen, kakitangan atau sesiapa yang dilantik.

Pelanggan bersetuju untuk mempertahankan, mengganti rugi dan menyelamatkan Angkasa, daripada liabiliti yang wujud seperti;

(1) sebarang kecederaan kepada seseorang atau harta benda yang disebabkan oleh sebarang produk yang dijual atau diedarkan melalui perkhidmatan webhosting Angkasa ini;

(2) sebarang pembekalan bahan yang melanggar hak cipta pihak ketiga dari pelanggan.

(3) perlanggaran hakcipta

(4) sebarang produk/perkhidmatan cacat yang dijual oleh pelanggan melalui komputer webhosting Angkasa.

POLISI SPAM

Angkasa komited terhadap polisi anti-spam. Di bawah polisi ini, kami melarang spam, atau sebarang email komersial yang tidak diundang, dihantar melalui rangkaian Angkasa webhosting oleh pelanggan atau sesiapa yang menjadi pengguna kepada Angkasa Hosting termasuk pelanggan kepada pelanggan kami. Kami berhak menamatkan perkhidmatan pelanggan yang melanggar polisi ini tanpa sebarang notis pemberitahuan. Penghantaran email komersial yang tidak diundang, penghantaran mesej yang terlalu banyak kepada kumpulan usenet, mesej lucah, mesej mengugut yang dihantar melalui webhosting Angkasa adalah dilarang sama sekali. Jika anda mempunyai sebarang aduan atau komen mengenai spam melalui rangkaian kami, sila emailkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PENAFIAN

Angkasa tidak akan bertanggungjawap terhadap sebarang kerosakan yang menyebabkan kehilangan perniagaan atau pekerjaan anda sama ada secara langsung atau tidak langsung.

PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT

Angkasa berhak mengubah polisi ini pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa sebarang notis mengikut kesesuaian dan perkembangan teknologi semasa.

**Nota Kaki:

Web hosting – sejenis servis pengehosan Internet yang membenarkan organisasi dan pengguna untuk membangunkan laman web sendiri yang dapat dicapai melalui Jaringan Sejagat (Bahasa Inggeris: World Wide Web).

FTP – Protokol Pemindahan Fail (Bahasa Inggeris: File Transfer Protocol) adalah sebuah protokol Internet yang bergerak di dalam lapisan aplikasi yang merupakan standard/piawai pemindahan fail komputer antara mesin-mesin dalam jaringan rangkaian.

Database – pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektronik.

Kapasiti – ruang menanggung data.

cPanel – merupakan panel kawalan web hosting yang berasaskan Linux, menyediakan antaramuka grafik dan perkakasan automasi untuk memudahkan proses hosting sesebuah laman web.  (Hanya untuk pelanggan direct domain, cth: www.koperasianda.mykoperasi.coop)