Aktiviti Koperasi

  1. KEDAI COOPMART
  2. CYBERCAFE
  3. AIR MINUMAN
Mula beroperasi di bawah pengurusan koperasi bermula 1 Februari 2013. Kedai COOPMart melalui fasa transformasi apabila Suruhanjaya Koperasi (SKM) meluluskan dan membuat pembayaran Geran Bantuan Pembangunan Koperasi pada 10 Disember 2013. Aktiviti peruncitan dikawal selia oleh seorang ALK yang dilantik dengan dibantu oleh dua(2) orang pekerja tetap.
Dengan perkakasan yang sedia ada, COOP TATIUC telah menambah aktiviti dengan memulakan penyediaan khidmat komputer dan cetak, fotokopi serta binding kepada warga kampus bermula 01 Ogos 2013.
Sejajar dengan hasrat menyumbang kearah mempromosikan TATIUC, Pengurusan Koperasi telah mengikhtiarkan bekalan air minuman RO berlogo Koperasi TATIUC dan mula memasarkan kumpulan air minuman sulungnya bagi aktiviti-aktiviti TATIUC serta orang perseorangan pada April 2013.

COOP TATIUC secara rasminya didaftarkan di bawah nama Koperasi Universiti Kolej TATI Kemaman Berhad pada 22 Jun 2010 sebagai sebuah koperasi asas dengan liabiliti terhad di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 dengan objektif utama bagi menjalankan aktiviti kepenggunaan dalam membekalkan dan memasarkan keperluan pembelajaran, pengajaran dan lain-lain keperluan di samping menyumbang kearah peningkatan taraf sosio ekonomi dan kebajikan anggota COOP TATIUC.

 Keanggotaan COOP TATIUC semasa adalah seramai 84 orang terdiri daripada kakitangan TATIUC serta anak syarikat. Permohonan keanggotaan adalah dibuat melalui borang keanggotaan dengan pembayaran fi masuk RM10.00 dan saham keanggotaan minima berjumlah RM100.00 dan maksima RM5,000.00 setiap anggota.

COOP TATIUC ditadbir urus oleh sembilan(9) orang Ahli Lembaga Koperasi(ALK) dengan merujuk garis panduan sebagaimana termaktub di dalam Undang-Undang Kecil (UUK) koperasi. Pemilihan ALK dibuat oleh anggota di dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan dalam tempoh enam(6) bulan selepas tamat sesuatu tahun kewangan iaitu 31 Mac bagi  COOP TATIUC. Mesyuarat ALK pertama selepas mesyuarat agung tahunan turut melantik Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari di kalangan sembilan(9) orang mereka.