• Smart Cybercafe

Menambah kapasiti perkakasan yang disediakan khusus untuk digunakan oleh warga kampus dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan pengenaan caj penggunaan yang berpatutan.

  • Khidmat Laundri 'Pack and Pick Up'

Menyedia ruang sebagai pusat bagi menerima pakaian untuk laundri dan mengembalikan pakaian kepada pelanggan dengan caj perkhidmatan bersesuaian manakala kerja-kerja laundri dilaksana oleh pihak ketiga.

  • Peruncitan secara 'Easy Order'

Tempahan pek barangan keperluan oleh pelanggan diterima secara SMS, Whatspp atau email.

  • Pek 'Mega Derma'

Pelanggan boleh menempah pek barangan bagi tujuan derma dan penghantaran  kepada penerima diurus oleh pihak koperasi melalui jalinan kerjasama dengan unit/badan amal yang lain.

  • Tabung Bantuan

Menyedia bantuan pinjaman kepada anggota yang memerlukan dan layak.

 

Dengan sokongan padu Pengurusan Tertinggi dan warga kampus TATIUC, Pihak pentadbiran Koperasi Universiti Kolej TATI Kemaman Berhad optimis terhadap kelangsungan perjalanan aktivitinya di masa-masa akan datang selaras dengan hasrat anggota dan objektif penubuhan COOP TATIUC.