PENGENALAN KOPERASI

Cetak

Koperasi Majlis Ugama Menengah Kelantan Berhad atau singkatannya Koperasi MGU Berhad adalah sebuah badan kerjasama yang didokongi oleh sekumpulan guru ugama yang mengajar di sekolah sekolah dalam negeri Kelantan dan hampir segenap ceruk pelusuk tanah air di Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah yang memiliki kededaran terhadap diri dan masyarakat .Bilangan keanggotaan terkini seramai 650 orang,sebuah badan kerjasama yang sedang menghayung langkah ke arah kecemerlangan secara bersaing di medan terbuka.

Antara tujuan penubuhannya ialah untuk mengumpul dan mengurus modal atau dana anggota di samping melakukan usaha mempertingkatkan taraf sosio-ekonomi guru-guru ugama secara khusus dan umat Islam secara amnya,berlandaskan ciri-ciri Islam yang menunjukkan sifat-sifat keikhlasan , kejujuran dan bertanggungjawab.

Koperasi MGU yang mula ditubuhkan kira-kira 30 tahun yang lalu mula bergiat dengan bilangan anggota(ahli) seramai 36 orang pada peringkat awal bergerak tanpa kemudahan serta serba kekurangan namun berkat kesungguhan dan keikhlasan para pemimpin dan sokongan padu para anggota yang menyertainya.Koperasi MGU Berhad melangkah maju dan bertambah teguh berikutan kejayaan mendirikan bangunan yang dikenali sebagai WISMA MGU yang berdiri tegak di tengah pusat bandar Kota Bharu yang menjadi mercu tanda kehebatan dan kemegahan para anggotanya.

Menerusi Wisma MGU yang menjadi tapak gerakan secara total,koperasi MGU bergerak lebih cergas melaksanakan pelbagai program yang tersendiri,termasuk mendirikan sebuah institusi pendidikan swasta berbentuk kolej yang kini sedang dalam proses pembinaan.

Koperasi MGU yang tarikh sebenar penubuhannya(penajaan) ialah pada 4hb Mei 1966 dilangsung di rumah Setiausaha penaja Ustaz Ab.Rahman Tahir ,No 1507 Lorong Tok Semian Kubang Pasu Kota Bharu dan dirasmikan penubuhannya pada 13hb September 1969 di Dewan Lama Pengakap Kelantan,Jalan Sultan Ibrahim,Kota Bharu (kini menjadi Stesyen Minyak Esso Jalan Sultan Ibrahim dan Dewan St.John Ambulans Kota Bharu).

Copyright 2011 PENGENALAN.
Free Joomla Theme by Hostgator