KALENDAR

January 2018
S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
 

GALERI KML

Ladang lemb...
Image Detail
Ladang kami
Image Detail
 
Apa itu koperasi PDF Print E-mail
Written by Administrator   

Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.


Dalam erti kata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaan yang bertujuan membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya. Selain mendapat pulangan dalam bentukdividen, anggota-anggotanya juga menikmati harga yang lebih murah dari pasaran dan kemudahan-kemudahan khas seperti pinjaman dan sebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.


Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan Anggota Lembaga yang dilantik secara demokrasi pada Mesyuarat Agung yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahun kewangan sesebuah koperasi itu. SeorangPenge rusi,Setiausaha danBendahari akan dilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yang mendapat undi terbanyak. Setiap anggota berhak mencalonkan seseorang daripada kalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.