Welcome to Joomla!


Read More...
0
January 2018
S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

PENGENALAN

  • PDF

Koperasi Serbaguna Pembatek Kelantan Berhad atau singkatannya KSPKB didaftarkan dibawah Ordinan Koperasi 1948 pada 2hb. Ogos 1973. Nombor pendaftaran 4872 dengan tanggungan berhad.

Keanggotaan sehingga tahun 2010 telah mencecah hampir 400 orang anggotaatau hampir keseluruhan pengusaha batik di Negeri Kelantan menganggotainya sebagai menyatakan sokongan kepada penubuhan KSPKB ini serta sebagai satu suara pengusaha batik dibawah satu bumbung bagi menjaga kepentingan Warisan Budaya Timur ini agar terpelihara.

Bagi mematapkan organisasi, anggota lembaga pengarah dan pihak pengurusan KSPKB telah bersama-sama mengusahakan perniagaan yang berteraskan kepada pembekalan bahan mentah kepada pengusaha batik sama ada jualan secara tunai mahupun kemudahan kredit kepada anggota.

Penglibatan KSPKB dalam perniagaan adalah bertujuan untuk membekalkan kain putih yang berkualiti serta mempunyai harga yang kompetitif di pasaran. Kain putih ini adalah kain yang diimport daripada Negara China yang merupakan negara pengeluar terbesar kain putih.

Koperasi terus berusaha untuk memajukan dari masa ke semasa denganmembekal kain putih tempatan dan import untuk kegunaan anggota. Koperasi banyak memberi kemudahan kepada anggota iaitu kemudahan kredit kain putih, penyertaan kursus keusahawanan dan program-program jualan kraf batik diseluruh Malaysia.  Diharap pencapaian koperasi terus menggalakkan di masa akan datang hasil kerjasama anggota lembaga, anggota dan kakitangan.