SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI

KOBATEK

Written by Administrator

Nama Koperasi yang Didaftarkan:
Menurut Undang-undang kecil 4, subseksyen 7 (4) dan (5) Akta, koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Serbaguna Pembatek Kelantan Berhad

Koperasi yang Didaftarkan:
Koperasi Serbaguna Pembatek Kelantan Berhad telah sah didaftarkan dengan dibawah Ordinan Koperasi 1948. Nombor pendaftaran adalah 4872 dengan tanggungan berhad.

Tarikh Ditubuhkan:
Koperasi Serbaguna Pembatek Kelantan Berhad telah didaftarkan pada tarikh 2hb. Ogos 1973

Alamat:
Menurut Undang-undang Kecil, Bahagian II, 5 (1) dan seksyen 11 Akta, Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah 3512 – A Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu, Kelantan.

Kawasan Operasi:
Undang-undang Kecil, Bahagian II, 6 dan seksyen 11 Akta, kawasan operasi koperasi ini ialah seluruh Negeri Kelantan Kecuali Daerah Kuala Krai.

Keanggotaan:
Menurut undang-undang Kecil 11 dan seksyen 26 Akta, Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada:

- Wargenegara Malaysia;
- Telah mencapai umur Lapan Belas Tahun;
- Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasanoperasi koperasi ini; dan
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun