Bismillahirahman hirrahim.

salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

 

Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Allah subhanahu wa taala kerana dengan izinNya Koperasi Guru-Guru Bumiputera Sabah Berhad (KOGBS) dapat mengujudkan laman web sendiri setelah beroperasi selama lebih kurang 27 tahun.

Adalah diharapkan agar kewujudan web ini akan dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada Anggota KOGBS sedia ada bahkan juga kepada warga pendidik atau Anggota Kakitangan Sokongan (AKS) yang berminat untuk menjadi anggota KOGBS boleh mendapat maklumat terkini mengenai kemudahan yang disediakan oleh KOGBS. InsyaAllah, pihak KOGBS akan terus berusaha menambahbaik isi kandungan dan perkara-perkara berkaitan supaya laman ini akan memberikan manfaat maksimum kepada pengunjungnya.

Dalam kesempatan yang berharga ini juga saya ingin menyeru semua warga pendidik dan Anggota Kakitangan Sokongan (AKS) bumiputera yang berasal dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan supaya bersama-sama merebut peluang untuk menjadi anggota KOGBS. Lebih ramai anggota sudah pasti KOGBS semakin perkasa.

Akhir sekali saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan yang telah bertungkus lumus dengan tidak memikirkan dan mengharapkan sebarang ganjaran dalam bentuk kewangan untuk membangunkan laman web ini. Anda adalah antara “wira yang tidak didendang”. Syabas dan tahniah! Semoga sumbvangan anda mendapat ganjaran di dunia mahupun di akhirat oleh AllahsSubhanahu wa taala.

 

Terima kasih

“SAMA BERGANTUNG SAMA BERUNTUNG”

 

Awangku Ali Pg. Jumaat

Pengerusi

Koperasi Guru-Guru Bumiputera Sabah Berhad

16 Disember 2013

Copyright 2014. Joomla 1.7 templates. (ANGKASA) Koperasi Guru-Guru Bumiputera Sabah Berhad