Latar Belakang

Isnin, 11 Ogos 2008 22:13 Ditulis oleh Administrator

Sejarah Penubuhan ANGKASA

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad atau ANGKASA adalah koperasi apex yang menaungi semua jenis koperasi asas, menengah dan atasan di seluruh negara. ANGKASA diiktiraf oleh Kerajaan sebagai badan yang mewakili Pergerakan Koperasi Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

ANGKASA telah diasaskan oleh Gerakan Koperasi di negara ini menerusi Kongres Koperasi Pertama pada tahun 1966 dan Kongres Koperasi Kedua pada tahun 1971. Ditubuh dan didaftarkan dengan rasminya pada 12 Mei 1971. ANGKASA ditadbir mengikut cara koperasi tetapi tidak bergiat dalam kegiatan perniagaan seperti koperasi-koperasi lain. Sebagai koperasi apex ianya memperjuangkan cita-cita serta hak kepentingan Gerakan Koperasi di negara ini.

Objektif Penubuhan ANGKASA

1. Menyatukan koperasi-koperasi di Malaysia supaya dapat menjaga dan memperjuangkan hak dan kepentingan pergerakan koperasi.

2. Mewakili pergerakan koperasi pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

3. Melaksanakan program pendidikan koperasi dan mengembangkan konsep dan prinsip-prinsip koperasi di kalangan rakyat Malaysia.

4. Mengadakan pelbagai kemudahan perkhidmatan yang termampu oleh ANGKASA bagi membantu perjalanan dan pentadbiran koperasi-koperasi ahli.

 

Cetak