Sumbangan

  • PDFPrintE-mail

SUMBANGAN TETAP BULANAN KEPADA

PERSATUAN PEGAWAI-PEGAWAI MASJID NEGERI PERAK (PEWARAK)

KOMAS telah memberi sumbangan tetap bulanan sebanyak RM1,500.00 sebagai penghargaan dan mengenang jasa kepada PEWARAK yang telah mencetuskan idea penubuhan KOMAS dalam tahun 1994.

KUMPULAN WANG KHAIRAT KEMATIAN ANGOTA

KOMAS telah menubuhkan kumpulan wang Khairat Kematian Anggota dengan memberikan sumbangan kepada kematian seperti berikut :-

Anggota                       - RM1,500.00

KUMPULAN WANG KEBAJIKAN AM

KOMAS menubuhkan kumpulan wang ini khusus untuk membantu angota KOMAS atau pun masyarakat yang memerlukan. Permohonan akan ditimbang dan jumlah yang dibayar hendaklah mendapat kelulusan Mesyuarat ALK.

KUMPULAN WANG TANAMAN SEMULA KELAPA SAWIT

Mesyuarat Agung Tahunan Ke  14 pada 27.06.2010 telah meluluskan usul Anggota Lembaga yang dibentangkan oleh Bendahari untuk mewujudkan kumpulan wang Tanam Semula Kelapa Sawit.  Tujuannya untuk mengumpul lebihan wang dari keuntungan tahunan bagi digunakan sebagai dana untuk tanaman semula ladang kelapa sawit KOMAS.  Tidak lebih dari 10% keuntungan bersih pada tiap-tiap tahun dipindahkan kepada kumpulan wang ini. Bagi tahun kewangan 2010 sejumlah RM20,651.91 telah diperuntukan untuk kumpulan wang ini.

KUMPULAN WANG PENYAMAAN DAN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN

Mesyuarat Agung Tahunan Ke 14 pada 27.06.2010 telah meluluskan usul Anggota Lembaga yang dibentangkan oleh Bendahari untuk mewujudkan kumpulan wang Penyamaan Dan Pembahagian Keuntungan.  Tujuannya untuk mengumpul lebihan wang dari keuntungan tahunan bagi digunakan sebagai penyamaan dan pembahagian atas keuntungan atau kerugian sesuatu tahun kewangan.  Tidak lebih dari 10% baki keuntungan hasil tiap-tiap tahun dipindahkan kepada kumpulan wang ini. Bagi tahun kewangan 2010 sejumlah RM22,000.00 telah diperuntukan untuk kumpulan wang ini.

ZAKAT

KOMAS telah membayar zakat kepada MAIPk, Maahad Tahfiz dan sekolah yang memerlukan pada setiap tahun. Sejumlah RM 43,320.99 telah dibayar sejak tahun 2009.

Galeri

PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini9
mod_vvisit_counterSemalam5
mod_vvisit_counterMinggu ini19
mod_vvisit_counterMinggu lepas56
mod_vvisit_counterBulan ini109
mod_vvisit_counterBulan lepas329
mod_vvisit_counterKeseluruhan12911

Hubungi Kami

KOPERASI MASJID PERAK BERHAD
Masjid Sultan Idris Shah II
Jalan Sultan Iskandar
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzwan
Tel: 017-5781424 / Fax: 05-2549429
Emel: komas@ymail.com

Home

Layout setting

Direction

Menu style

Theme color