Loading

PENGENALAN

  • PDFPrintE-mail

SEJARAH PENUBUHAN.

Pada awalnya koperasi ini di cadang untuk ditubuhkan oleh Persatuan Pegawai-Pegawai Masjid Negeri Perak ( PEWARAK ) dengan hasrat untuk memantapkan ekonomi dan sosial ahli  persatuan. Seterusnya usaha mendapatkan keanggotaan seramai sekurang-kurangnya 100 orang telah dimulakan oleh Setiausaha persatuan ketika itu Tn. Hj. Mohamed Zulkifli bin Mohamed Salleh. Keanggotaan pada ketika itu terbuka kepada ahli persatuan sahaja. Maka pada 10 September 1994 Mesyuarat Agung Penubuhan KOMAS dengan keanggotaan seramai 110 orang telah diadakan di Dewan Auditorium, Kompleks Islam Perak DR. Pindaan Undang-undang Kecil juga telah dipinda dengan membuka anggota koperasi kepada Muslimin dan Muslimat yang bermastautin di Negeri Perak  Dengan izin Allah SWT maka Koperasi Masjid Perak Berhad pun berjaya didaftarkan pada 11hb. Ogos 1995 dengan Bil Daftar Koop. Negeri No. 216. Usaha menambah keanggotaan dan syer anggota untuk dijadikan modal perniagaan telah diteruskan. Pejabat berdaftar KOMAS di Masjid Sultan Idris Shah II, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh yang disewa dari Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan sewaan RM300.00 sebulan.

KEANGOTAAN.

Sejak ditubuhkan KOMAS telah berjaya menambah keanggotaan dari pelbagai peringkat umur merangkumi Muslimin dan Muslimat di seluruh Negeri Perak. Setiap anggota disyarat mempunyai syer minimun RM500.00. Sehingga kini seramai 1,454 orang anggota telah menjadi anggota KOMAS  sehingga kini dengan modal syer RM 1,475,727.00

KUMPULAN ANGGOTA LEMBAGA DAN PENGURUSAN.

Anggota Lembaga KOMAS seramai 12 orang terdiri dari pelbagai bidang pekerjaan, profesional dan pesara kerajaan yang berpengalaman di dalam bidang masing-masing. Dipengerusikan oleh Tuan Sheikh Mohamah Nor Mansur Al-Hafiz, Pegawai Agama, MAIPk. Seorang kerani dilantik untuk menguruskan urusan pejabat dan perakaunan.

Galeri

PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini6
mod_vvisit_counterSemalam3
mod_vvisit_counterMinggu ini9
mod_vvisit_counterMinggu lepas56
mod_vvisit_counterBulan ini155
mod_vvisit_counterBulan lepas329
mod_vvisit_counterKeseluruhan12957

Hubungi Kami

KOPERASI MASJID PERAK BERHAD
Masjid Sultan Idris Shah II
Jalan Sultan Iskandar
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzwan
Tel: 017-5781424 / Fax: 05-2549429
Emel: komas@ymail.com

HomePENGENALAN

Layout setting

Direction

Menu style

Theme color