Aset Bangunan

  • PDFPrintE-mail

Bangunan Kedai 2 ½ tingkat di alamat No.10, Persiaran Medan Gopeng 3, Medan  Gopeng, 31350 Ipoh.  No.Hakmilik:  PN 257680 Lot 339095 Mukim Hulu Kinta.  Daerah Kinta.  Pajakan 99 tahun sehingga 21/8/2077.  Sekatan-Tanah Simpanan Melayu. Dibeli daripada HTE LETRIK BUMI JV SDN.BHD. pada 20/10/2006 dengan harga RM305,000.00 Deposit 10% sebanyak RM30,500.00 telah dibayar dan pinjaman 90% dari Bank Rakyat, Medan Gopeng sebanyak RM274,500.00. Tempoh bayaran balik selama 300 bulan sebanyak RM2,351.00 sebulan mulai 5/2007 hingga 4/2032.  Jumlah kena bayar kepada Bank Rakyat sehingga selesai pada 04/2032 sebanyak RM705,300.00 atas kadar 9.25% setahun.  Keuntungan Bank Rakyat bagi pinjaman ini selama tempoh 300 bulan berjumlah sebanyak RM430,800.00.

Anggota Lembaga telah bersetuju dalam mesyuarat ALK Bil. 5/2010 pada 4.8.2010 supaya baki pinjaman Bank Rakyat berjumlah RM268,746.24 diselesaikan.  Bayaran telah dibuat melalui baucer No. 09/08 bertarikh 10.08.2010.  Geran tanah telah diterima untuk simpanan dan sewa RM3,400.00 sebulan merupakan pendapatan tetap KOMAS :-

Tingkat bawah RM2,400 s.b
Tingkat 1(10A & 10B) RM1,000 s.b
Jumlah sewa

RM3,200 s.b

Bangunan 3 unit kedai 2 tingkat di alamat no 7,11 & 13, Jalan Kledang Raya 22, Taman Alkaff, 30100 Ipoh. Harga bangunan  RM480,000.00 seunit X 3 unit = RM1,440,000.00.  Deposit 10%   sebanyak RM144,000.00 dan baki 90% sebanyak RM1,296,000.00 secara  pinjaman bercagar daripada Tabung Modal Pusingan SKM yang telah diluluskan   dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tabung Amanah  TMP-JPK Bil.7/2008  bertarikh 19/11/2008. No. Akaun:1367-05-09-09-03 Rujukan SKM.IP : 4118/2  PERAK / SJ. 101B. Bayaran balik secara ansuran RM7,254.04 sebulan  selama 234 bulan mulai 11/2009 hingga 04/2029.  Buat masa sekarang bayaran balik ini telah dinaikkan kepada RM10,000.00 mengikut kemampuan semasa koperasi. Semua tiga unit kedai tersebut telah disewakan dan menerima pendapatan bulanan RM10,500.00.

KOMAS telah membeli 2 unit kedai 2 tingkat di kawasan yang pesat membangun di Bandar Baru Meru Raya.  Di samping pertumbuhan pembangunan rumah kediaman dan perniagaan yang padat serta moden, kawasan ini juga merupakan penghijrahan jabatan/institusi kerajaan.  Kini, bangunan-bangunan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Audit, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perhutanan Negeri telah dibina.  Banyak lagi bangunan kerajaan bakal dibina.  Terminal bas baru dan kompleks pasaraya Mydin juga sedang dibina di kawasan ini.  ALK KOMAS yakin tentang potensi dan permintaan yang baik berikutan dengan pertumbuhan pesat pembangunan Bandar Baru Meru Raya.  Bangunan yang dibeli berhadapan dengan kompleks Kementerian Dalam Negeri yang menempatkan Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain.  Butir-butir bangunan yang dibeli adalah seperti berikut :-

(a)  Alamat : No.21, Jalan Meru Utama A1, Medan Meru Utama, 30020  Ipoh.  No. Hakmilik : GRN 130548, Lot 383324.  Mukim : Hulu Kinta.  Daerah : Kinta.  Negeri : Perak. Luas:164 meter persegi (22’ x 80’). Hakmilik kekal – geran untuk selama-lamanya.

(b)  Alamat : No.23, Jalan Meru Utama A1, Medan Meru Utama, 30020  Ipoh.  No. Hakmilik: GRN 130549, Lot383325.  Mukim: Hulu Kinta. Daerah: Kinta.  Negeri : Perak. Luas:64 meter persegi (22’ x 80’). Hakmilik kekal –geran untuk selama-lamanya.

(c)

Harga belian : RM498,800 seunit x 2 unit RM 997,600
Deposit telah bayar : 10%   RM49,880 x 2 unit RM   99,760
Baki 90% : RM448,920 x 2 unit RM 897,840

Pembiayaan dari Tabung Pusingan Modal Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP JPK)) sebanyak RM897,840 bayaran balik RM4,588.80 sebulan selama 237 bulan.  Pembayaran bermulai pada bulan November, 2011 hingga Julai, 2031. Bayaran balik akan ditingkatkan kepada RM6,000.00 sebulan mulai bulan April 2012.

(d) Dua unit kedai ini telah disewakan kepada Bank Islam pada kadar sewaan RM6,000.00 sebulan mulai Januari 2012.

Sewaan Kafetaria Di Masjid Sultan Idris Shah II

KOMAS telah menyewa kafetaria di Masjid Sultan Idris Shah II selama 3 tahun mulai 1.1.2010 hingga 31.12.2012 daripada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dengan kadar sewaan RM300.00 sebulan.  Kafetaria ini telah diusahakan oleh Syarikat Pengurusan Zamiki Al-Azamy dengan bayaran RM400.00 sebulan kepada KOMAS.

Galeri

PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini1
mod_vvisit_counterSemalam4
mod_vvisit_counterMinggu ini25
mod_vvisit_counterMinggu lepas56
mod_vvisit_counterBulan ini115
mod_vvisit_counterBulan lepas329
mod_vvisit_counterKeseluruhan12917

Hubungi Kami

KOPERASI MASJID PERAK BERHAD
Masjid Sultan Idris Shah II
Jalan Sultan Iskandar
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzwan
Tel: 017-5781424 / Fax: 05-2549429
Emel: komas@ymail.com

Home

Layout setting

Direction

Menu style

Theme color