Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Di Bawah HPA Industries Sdn Bhd

Projek ini telah dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke 13 pada 01.01.2009. Sistem projek ini ialah KOMAS membayar pelaburan RM500,000.00 dan semua urusan perniagaan diuruskan oleh RFC.  Surat perjanjian telah ditandatangani antara KOMAS dengan RFC untuk tempoh 5 tahun mulai 20.10.2009 hingga 19.10.2014 dan akan diperbaharui dengan tempoh tiap-tiap 5 tahun.  Sekiranya mana-mana pihak hendak menamatkan perjanjian, RFC akan memulangkan wang pelaburan RM500,000.00 kepada KOMAS.

Restoran RFC telah mula beroperasi pada 28.02.2011 di kedai yang dibeli oleh KOMAS iaitu No.13 dan 13A,  Jalan  Kledang Raya 22, Taman Alkaff (Silibin),  Ipoh.  Pelaburan dalam RFC sebanyak RM500,000.00 ini dapat memberi pendapatan bulanan diantara RM 10,000.00 hingga RM12,000.00.