Komas Safar Travel & Tours

KOMAS telah menubuhkan sebuah syarikat subsidiari – KOMAS Safar Travel & Tours Sdn. Bhd yang didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) di bawah rujukan No.864275-X pada 13.07.2009.  Syarikat ini mengendalikan urusan perniagaan pelancongan dalam dan luar negeri khususnya menunaikan umrah dan haji.  Modal berbayar sebanyak RM200,000.00 dan dimiliki 100% sepenuhnya oleh KOMAS.  Jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh KOMAS kepada syarikat ini sebanyak RM187,848.70 secara pendahuluan operasi. 

Syarikat ini mula beroperasi pada 01 Ogos 2009 dan pejabat berdaftar di No. 54, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perrak.  KOMAS Safar Travel & Tours Sdn. Bhd telah mendapat kelulusan lesen pelancongan untuk dalam dan luar negeri serta pengeluaran tiket daripada Kementerian Pelancongan Malaysia mengikut surat rujuk : KPL/LN 900-12/6119(04) bertarikh 8 April 2010. Permohonan menubuhkan syarikat subsidiari dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia juga telah diluluskan.  Alamat laman sesawang http://www.kstt.com.my/