Ladang Sawit

Memiliki Ladang Kelapa Sawit seluas 80.94 hektar (200 ekar) Di Sungai Samak, Hutan Melintang.  No.Hakmilik: PN 25880 Lot 12223 Mukim Hutan Melintang  Daerah Hilir Perak.  Pajakan  99  tahun  sehingga  7/9/2099.   Pinjaman bercagar dari TMP-JPK berjumlah RM1,108,157.00 pembiayaan pengambilalihan dari RISDA Smallholders Sdn. Bhd. Bayaran  balik  RM6,941.22  sebulan  selama  204 bulan mulai 7/2007 hingga 6/2024. Buat masa sekarang bayaran balik ini telah dinaikkan kepada RM15,000.00 mengikut kemampuan koperasi. Menerima  hasil  secara  pajakan  minima RM18,000.00  hingga RM45,000.00 sebulan mengikut  harga  semasa  turun   naik   kelapa  sawit.  Pemajak  ialah  Teknik  Pedoman Sdn. Bhd.

Pajakan Tanaman Kelapa Sawit Disebahagian Tapak  Universiti Commowealth Malaysia (UCM), Tapah Road, Perak.

KOMAS telah mendapat kelulusan memajak hasil tanaman kelapa sawit seluas 60 ekar disebahagian tapak UCM, Tapah Road, Perak.  Pemilik tanah ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak/UEM Land Berhad.  Pajakan untuk tempoh 2 tahun mulai  01.01.2010   dengan   kadar  pajakan  RM30.00 seekar sebulan kepada pemilik. Pajakan tanah ini telah diusahakan oleh Syarikat Empayar Citra Sdn. Bhd dan melalui perjanjian pajakan antara KOMAS dengan syarikat ini segala kos urusan pengurusan, penyelenggaraan, pembiayaan penuaian buah kelapa sawit dan lain-lain yang bersangkutan semuanya ditanggung oleh syarikat pengusaha.  KOMAS menerima bayaran bersih RM2,000.00 sebulan daripada syarikat pengusaha.