KALENDAR

January 2018
S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3

BILANGAN PENGUNJUNG

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini
mod_vvisit_counterSemalam
mod_vvisit_counterMinggu Ini0
mod_vvisit_counterMinggu Lepas
mod_vvisit_counterBulan Ini0
mod_vvisit_counterBulan Lepas
mod_vvisit_counterKeseluruhan0

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN

  • PDF

Yuran, Pinjaman dan Insurans:

Sejak penubuhan Koperasi pada tahun 1923, Koperasi telah menjalankan kegiatan mengumpul yuran keahlian dan memberi pinjaman kepada anggota, juga pembahagian dividen setiap tahun berdasarkan keuntungan hasil dari faedah pinjaman. Kini, semua caruman yuran dan pinjaman dibuat melalui potongan gaji menggunakan perkhidmat Biro Angkasa.


Mulai tahun 1980, wang pinjaman kepada ahli telah mula diinsurankan dan selain dari itu, Koperasi menjalin kerjasama dengan syarikat insurans dengan mewujudkan skim insurans berkelompok kepada anggota Koperasi secara sukarela dengan kadar serendah RM10.00 sebulan setiap orang. Dengan ujudnya skim insuran berkelompok ini, anggota mendapat manafaat darinya jika berlaku kematian atau kemalangan yang mendatangkan keilatan dan sebagainya. Dan dari skim ini juga Koperasi mendapat faedah dengan mengutip komisyen.


Sambutan terhadap skim insurans secara sukarela ini kurang mendapat sambutan dari anggota, mulai tahun 2001, didalam Mesyuarat Agung Perwakilannya, telah bersetuju untuk melaksanakan skim insurans berkelompok secara automatik kepada anggota dengan membuat pencaruman RM10.00 setiap anggota dan dinaikan kepada RM20.00 sebulan mulai tahun 2010 hingga kini.

 

Perniagaan:

Koperasi telah mula menjalankan aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan mulai tahun 2005 dengan mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Perniagaan yang dijalankan adalah seperti membekal cenderahati, alat-alatan pejabat, bekalan baju korporat, barang-barang runcit, peralatan elektrik dan lain-lain kepada Jabatan Pertanian. Koperasi juga telah membeli tiga buah rumah kedai dan pejabat dan disewakan.

 

Pelaburan :

Koperasi juga membuat pelaburan dalam saham-saham dan Unit trust di bank-bank tempatan serta menyimpan di dalam simpanan tetap di bank-bank tempatan seperti di CIMB, Bank Rakyat dan Bank Persatuan.

 

 

Lain-lain Aktiviti:

Untuk kemudahan dan kebajikan anggota, Koperasi telah menyediakan pemberian wang Khairat Kematian kepada anggota, suami/isteri, anak-anak dan juga ibu/bapa anggota. Ini bagi meringankan beban anggota atau warisnya.


Koperasi juga menyediakan pemberian Derma Pelajaran kepada anggota dan anak-anak anggota yang berjaya dalam pelajaran PMR, SPM atau yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS dan Institut Pertanian.

 

Last Updated on Thursday, 10 October 2013 06:49