KALENDAR

September 2014
S M T W T F S
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 1 2 3 4

BILANGAN PENGUNJUNG

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini10
mod_vvisit_counterSemalam18
mod_vvisit_counterMinggu Ini52
mod_vvisit_counterMinggu Lepas181
mod_vvisit_counterBulan Ini28
mod_vvisit_counterBulan Lepas567
mod_vvisit_counterKeseluruhan6710

SEJARAH DAN HALATUJU

  • PDF

Koperasi Pegawai-pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad telah didaftarkan pada 27 Disember 1923 dengan nombor pendaftaran 16/1923 dengan nama asal Syarikat Pegawai-pegawai Melayu Jabatan Pertanian Bekerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Berhad. Koperasi ini merupakan antara Koperasi terawal ditubuhkan di Tanah Melayu ketika itu.
 
Mengikut Undang-undang Kecil, Koperasi hendaklah mengadakan mesyuarat agung kawasan dan diikuti mesyuarat agung perwakilan setiap tahun iaitu sebelum 30 Jun setiap tahun. Namun sejak tahun 2010, mesyuarat agung kawasan hanya diadakan setiap dua tahun sekali setelah UUK dipinda pada tahun tersebut.


Sejak ditubuhkan 87 tahun yang lalu, Koperasi telah mengadakan mesyuarat agungnya setiap tahun kecuali ketika perang dunia kedua dimana Koperasi tidak dapat mengadakan mesyuarat agungnya selama 5 tahun atas sebab-sebab peperangan tersebut.
 
Tujuan utama penubuhannya adalah untuk membantu kakitangan jabatan berpangkat rendah dalam pengurusan kewangan dengan memberi pinjaman melalui skim pinjaman melalui potongan gaji bulanan. Keahlian Koperasi terdiri daripada kakitangan teknikal yang berjawatan Juruteknik Pertanian (kini Pembantu Pertanian) yang berjawatan tetap.
 
Pada tahun 1980 nama Syarikat Pegawai-pegawai Melayu Jabatan Pertanian Bekerjasama Jimat Cermat dan Pinjaman Berhad telah meminda Undang-undang Kecilnya dengan menukar nama kepada Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad dan dibuka keahliannya kepada semua peringkat pegawai (dari pekerja am hingga ke pegawai teknikal tertinggi jabatan termasuk pegawai dan kakitangan di Bahagian Pengurusan [gunasama]) yang berkhidmat dengan Jabatan Pertanian. Kini, hampir 80% kakitangan Jabatan Pertanian telah menjadi ahli Koperasi. Koperasi berharap untuk mencapai ketahap 100% di mana kempen menjadi ahli kepada kakitangan jabatan yang baru sedang giat dijalankan.
 
Koperasi adalah tertakluk di bawah pengawasan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang dahulunya dikenal sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi dan berpandukan Undang-undang Kecilnya sendiri. Namun Koperasi adalah tertakluk di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan Peraturan-peraturan.

Last Updated on Thursday, 13 June 2013 06:43