Loading
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6

AKTIVITI SEMASA / PROJEK KOPERASI

  • PDFPrintE-mail

a)  Kedai Runcit

b)  Perkhidmatan Fotostat & Jualan Alatulis

c)  Pembekalan Kertas A4

d)  Kad Telefon Prabayar

e)  Perkhidmatan Kenderaan Pengangkutan Pelajar

f)   Pinjaman Anggota

g)  Jualan Buku

h)  Jualan Uninet (Wireless Universiti Internet)

i)   Perkhidmatan Faks, Courier & Tempahan Hamper

j)   Jualan Insurans Takaful & Commerce Takaful

k)  Membekal makanan basah

l)   Membekal kelengkapan makmal

m) Perkhidmatan Percetakan

 

RINGKASAN AKTIVITI SEMASA / PROJEK KOPERASI

a) Kedai Runcit

Koperasi UiTM Pahang Berhad menjalankan operasi perniagaan di empat buah kedai di dalam kampus seperti senarai lokasi di bawah;

  1. Kedai Runcit & Pejabat Kolej Siswi (Bangunan baru)
  2. Kedai Runcit Kompleks Siswi B (Kompleks Kediaman Siswi)
  3. Kedai Runcit Blok Pensyarah
  4. Kedai Runcit Kolej Siswa

Kami menjual pelbagai barangan runcit seperti barangan makanan, minuman, perkhidmatan fotostat, percetakan, alatulis, barang keperluan harian dan lain- lain lagi. Kedai beroperasi dari jam 7:30 pagi sehingga 11:30 malam bagi sesi 2011 dan akan dilanjutkan sehingga 2:00 pagi pada sesi 2012.

a) Perkhidmatan Fotostat & Jualan Alatulis

Koperasi UiTM Pahang Berhad mempunyai 8 buah mesin fotostat, iaitu 2 buah di setiap kedai runcit seperti yang tersenarai di atas bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelajar, pensyarah dan kakitangan UiTM.  Koperasi juga di dalam proses untuk mendapatkan kontrak fotostat kertas-kertas soalan peperiksaan sekolah-sekolah daerah Maran.

c) Pembekalan Kertas A4

Koperasi menjalankan projek pembekalan kertas A4 kepada sekolah-sekolah daerah Maran yang telah bermula pada September 2011.

d) Kad Pra Bayar

Koperasi UiTM Pahang Berhad menyediakan jualan Kad Pra Bayar Celcom, Maxis dan Digi yang bernilai RM5.00, RM 10.00, RM 30.00 dan RM 50.00. Di samping itu kami mempunyai sebuah mesin Top-up yang beroperasi 24 jam untuk pengguna Celcom yang membolehkan bagi menambah nilai credit pada bila-bila masa. Perkhidmatan E-Pay untuk menambah kredit panggilan juga sedang dirancang untuk digunakan dalam masa terdekat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada.

e) Perkhidmatan Kenderaan

Koperasi UiTM Pahang Berhad mempunyai 5 buah van yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan pelajar keluar masuk UiTM Pahang, serta lain-lain destinasi yang dibenarkan bagi melicinkan aktiviti pelajar dan Universiti.  Koperasi sedang di dalam proses untuk menambah sebuah lagi van pengangkutan pelajar yang dijangka boleh beroperasi pada Oktober / November 2011.

f) Pinjaman Anggota

Koperasi UiTM Pahang Berhad menyediakan kemudahan pelbagai jenis pinjaman kepada setiap anggotanya termasuk pinjaman peribadi, pinjaman kecemasan, pinjaman memperbaharui insurans kenderaan, dan cukai jalan bagi membantu meringankan beban kewangan anggota.

g)  Jualan Buku

Jualan buku akademik, manual, dan kamus dijalankan di Pejabat Koperasi UiTM Pahang bagi memenuhi keperluan pelajar dan pensyarah.

h) Perkhidmatan Uninet (Wireless Universiti Internet)

Uninet adalah perkhidmatan internet wireless yang disediakan oleh pihak koperasi kepada pelajar-pelajar dengan cara pendaftaran penggunaan dan pembelian topup diuruskan sepenuhnya oleh wakil syarikat berkenaan yang berpusat di Pejabat Pengurusan Koperasi UiTM Pahang.

i) Perkhidmatan Faks, Courier & Tempahan Hamper

Koperasi menyediakan perkhidmatan faks kepada warga UiTM.  Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan courier dari Nationwide, Skynet, Pos Laju dan Pos Express.  Pelbagai tempahan hamper untuk pelbagai acara juga diterima mengikut kehendak pelanggan.

j) Jualan Insurans Takaful

Koperasi UiTM Pahang Berhad menyediakan perkhidmatan pelbagai insuransdari Etiqa Takaful dan Takaful Malaysia seperti insurans berkelompok, insurans hayat, insurans kenderaan dan khairat kematian kepada semua anggota koperasi dan seluruh warga UiTM Pahang.

k) Membekal Makanan Bermasak

Pelbagai jenis makanan turut dijual di Koperasi bagi memenuhi keperluan warga UiTM sama ada untuk makan pagi, makan tengahari, atau pun makan malam.  Antara jenis makanan yang dijual termasuklah sandwich, kek, pelbagai jenis nasi, pelbagai jenis burger, pelbagai jenis roti pizza, dan lain-lain.

l) Membekal Pakaian Makmal

Koperasi menyediakan pakaian makmal pelbagai jenis untuk pilihan para pelajar aliran sains terutamanya.

m) Perkhidmatan Percetakan

Perkhidmatan percetakan dan scan disediakan bagi memudahkan urusan dan memenuhi keperluan pelajar di semua kedai koperasi kecuali di Blok Pensyarah atas sebab ruang yang terhad.