PERANCANGAN AKTIVITI

a)   Pembinaan Kiosk & tempat rehat dengan ‘wireless’ di sekeliling kedai koperasi baru Kolej Siswi

b)   Pengubahsuaian tapak kedai makan Kolej Siswa kepada kedai runcit & buku

c)   Penambahan Sebuah Van Pengangkutan Pelajar

d)   Pembekalan kertas A4 dan alatulis ke sekolah-sekolah daerah Maran

e)   Perkhidmatan fotostat kertas soalan ujian dan peperiksaan bagi sekolah-sekolah daerah Maran

f)    Penawaran pinjaman kewangan sehingga RM100,000 kepada anggota yang layak

g)   Perniagaan ‘Car Wash’ di dalam kampus

Kerjasama dengan TARB (Tanjung Agas Resources Berhad) sebagai agen di Wilayah Jengka

 

RINGKASAN PERANCANGAN AKTIVITI / PROJEK AKAN DATANG

a) Pembinaan Kiosk & tempat rehat dengan ‘wireless’ di sekeliling kedai koperasi baru Kolej Siswi

Pembinaan kiosk adalah untuk disewakan kepada peniaga berminat bagi mempelbagaikan tawaran produk dan perkhidmatan di koperasi bagi memenuhi citarasa dan keperluan warga UiTM.  Koperasi akan mempunyai pendapatan tetap daripada aktiviti penyewaan kiosk tersebut.

Tempat rehat dengan perkhidmatan ‘wireless’ yang akan dibina adalah sebagai daya penarik untuk pelajar khususnya datang dan berkumpul di sekitar kedai koperasi, sekaligus menggalakkan aktiviti pembelian barang / penggunaan pekhidmatan yang ditawarkan di kedai & pejabat koperasi.

b) Pengubahsuaian tapak kedai makan Kolej Siswa kepada kedai runcit & buku

Koperasi diberi peluang untuk mengubahsuai kedai makan Kolej Siswa kepada kedai runcit & buku bagi menggantikan kedai sedia ada yang akan tamat tempoh penyewaan dengan pihak Universiti pada hujung November 2011.  Kerja pengubahsuaian bangunan perlu dijalankan segera dan siap sebelum semester baru bermula pada 21 November 2011 bagi membolehkan aktiviti perniagaan berjalan lancar pada awal semester untuk tujuan promosi penjualan buku dan barang keperluan pelajar.

c) Penambahan Sebuah Van Pengangkutan Pelajar Baru

Koperasi sedang di dalam proses pembelian sebuah van baru jenis Nissan Urvan dengan 14 tempat duduk, yang dijangka akan dapat digunakan bermula Oktober 2011.

Permohonan permit baru juga akan dimajukan kepada pihak SPAD untuk menambah jumlah kenderaan pengangkutan pelajar di dalam kampus, memandangkan kesemua permit yang diluluskan sebelum ini telah habis digunakan.

d) Pembekalan kertas A4 dan alatulis ke sekolah-sekolah daerah Maran

Koperasi telah memulakan pembekalan kertas A4 ke sekolah-sekolah daerah Maran pada September 2011, dan akan terus memperhebatkan aktiviti pembekalan untuk kegunaan 2012 dan seterusnya.   Pembekalan alatulis pula dijangka akan dimulakan pada Oktober 2011. Lain-lain keperluan yang bersesuaian akan turut dibekakalkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan pelanggan.

e) Perkhidmatan fotostat kertas soalan ujian dan peperiksaan bagi sekolah-sekolah daerah Maran

Kontrak untuk mencetak kertas soalan ujian dan peperiksaan telah diketengahkan oleh pihak Unit Peperiksaan Sekolah Daerah Maran dan sedang di dalam proses perbincangan untuk kelulusan.

f) Penawaran pinjaman kewangan sehingga RM100,000 kepada anggota yang layak

Koperasi bercadang untuk meningkatkan had pinjaman daripada RM4,000 pada masa kini kepada RM100,000 kepada anggota yang layak.  Peningkatan had pinjaman ini dijangka akan dapat menarik minat anggota untuk meminjam dengan koperasi dengan kadar faedah yang kompetitif.  Bagaimanapun, koperasi perlu mendapatkan pinjaman daripada pihak SKM setelah proses pindaan Undang-Undang Kecil diluluskan.

g) Perniagaan ‘Car Wash’ di dalam kampus

Melalui perbincangan dengan Dato’ Rektor UiTM Pahang terhadap cadangan perniagaan ‘Car Wash’ di dalam kampus, pada dasarnya beliau bersetuju untuk membenarkan aktiviti ini berjalan.  Kertas kerja projek ini sedang di dalam proses dan akan dibincangkan semula dalam mesyuarat lembaga akan datang.

h) Kerjasama dengan TARB (Tanjung Agas Resources Berhad) sebagai agen di Wilayah Jengka

Koperasi sedang di dalam proses perbincangan untuk menandatangai perjanjian sebagai agen berdaftar kepada TARB bagi projek pembekalan internet wireless di Bandar Tun Abdul Razak Jengka.  TARB merupakan salah satu syarikat yang setanding dengan Telekom Malaysia Berhad dan telah mendapat lesen sebagai 1 Tier dalam industri telekomunikasi di Malaysia. Sebuah kedai koperasi di Nadikota, Bandar Tun Abdul Razak akan digunakan sebagai bilik urusan dan operasi perniagaan ini.