Koperasi PMKB

Print

Koperasi Pegawai Melayu Kelantan Berhad (KPMKB) merupakan sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk meningkatkan dan memajukan sosial ekonomi anggotanya. KPMKB adalah sebuah badan yang tidak mementingkan keuntungan semata-mata tetapi lebih mengutamakan kebajikan ahli atau anggotanya. KPMK merupakan sebuah koperasi yang mempunyai matlamat untuk menggalakkan anggotanya bergiat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh koperasi ini. Perkhidmatan kredit, jimat cermat atau pinjam meminjam merupakan aktiviti utama KPMK dimana pinjaman kredit ini hanya diberikan kepada anggota KPMK sahaja. Anggota KPMK mestilah daripada golongan bumiputra dan memegang jawatan sebagai pegawai dalam sektor kerajaan.


Kelebihan menjadi anggota KPMK ialah Koperasi ini dapat memenuhi keperluan yang diperlukan oleh anggotanya. Kedua dapat memperbaiki taraf hidup anggotanya. Ketiga tidak menindaskan anggotanya tetapi menawarkan harga yang berpatutan dan memberi perkhidmatan  dan produk yang berkualiti sebagai alternatif kepada anggotanya. KPMK juga mengamalkan nilai koperasi iaitu keprihatinan terhadap anggotanya. KPMK juga membantu anggotanya untuk menyimpan dan mengeluarkan wang apabila diperlukan. KPMK juga memberi kemudahan pinjaman kepada anggotanya dengan kadar faedah yang terendah. Anggota KPMK juga akan mendapat faedah yang tinggi sekiranya KPMK mendapat keuntungan  besar pada tahun tersebut. Anggota KPMK juga dapat memberi cadangan atau idea yang bernas bagi memajukan koperasi mereka sendiri. Anggota KPMK juga berhak menentukan hala tuju koperasi mereka bagi mencapai matlamat, misi dan tujuan KPMK ditubuhkan.