Laman Utama

Assalamualaikum. Selamat datang ke Koperasi Takaful.

1- Menyediakan Khidmat Rundingcara dan perkhidmatan pemasaran Takaful secara professional
Melalui rangkaian perunding dan agen yang berdaftar dan terlatih kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang telus dan ikhlas sesuai dengan  entiti koperasi kami yang menjalankan perniagaan mengikut syariat islam.


2 - Koperasi sebagai agen korporat Takaful Ikhlas dan Takaful Malaysia
Kami memasarkan produk - produk Takaful Am dan Takaful Keluarga bagi kedua dua syarikat pengendali Takaful yang kami wakili. Ia bertujuan untuk saling lengkap melengkapi mengikut kemahuan peserta.


3- Mengendalikan kursus keusahawanan takaful
Mulai tahun ini, kami komited untuk membangunkan usahawan takaful dari kalangan graduan /individu yang berminat melaui konsep mentor mentee. Pelatih  akan diberi latihan dan bimbingan selama 6 bulan secara sepenuh masa.

Pelbagai kursus takaful ,keusahawanan dan pengurusan perniagaan akan diberikan. Kami menjamin pendapatan lumayan peserta selepas tamat latihan selama 6 bulan.

4- Amil zakat korporat
Koperasi kami  telah dilantik sebagai Amil Zakat Korporat oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk mengutip zakat dari usahawan dan syarikat syarikat perniagaan muslim.Sumbangan zakat anda melalui koperasi akan juga membantu kami membangunkan tabung fisabilillah.

5-Skim pembiayaan peribadi
(akan dimaklumkan kemudian tarikh pelancaran)

Skim ini adalah untuk membantu ummah menyelesaikan masalah kewangan peribadi dan keluarga. Disamping itu ia boleh digunakan sebagai modal untuk menjalankan perniagaan.

Skim ini adalah untuk kakitangan kerajaan dan agensinya melalui skim potongan biro angkasa (BPA). 


OBJEKTIF

  1. Menjadi penyedia perkhidmatan rundingcara dan khidmat nasihat (sebagai agen korporat) yang berdaya saing dengan ciri-ciri mengikuti syariat Islam.
  2. Menjalankan kegiatan ekonomi dan kebajikan dengan menggalakkan tabungan bagi meningkatkan sosio ekonomi anggotanya.
  3. Menyediakan skim kebajikan sebagai sumbangan serta pembelaan kepada anggotanya demi memartabatkan bangsa serta agama.
  4. Melahir dan membangunkan usahawan muslim dalam pelbagai sektor perniagaan khususnya usahawan takaful yang proaktif,produktif serta berdaya maju.