GALIAN/ RIKAZ & KWSP

ZAKAT GALIAN/RIKAZ

Galian - hasil galian emas dan perak yang tertanam di dalam perut bumi.
Rikaz - Rikaz ialah harta kekayaan yang dijumpai tertanam di dalam tanah hasil simpanan orang-orang jahiliah (sebelum kedatangan Islam)

Nisab Galian Dan waktu mengeluarkannya
Nisabnya seperti nisab emas dan perak iaitu 85 gram bagi emas dan 595 bagi perak. Tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi dan dibersihkan tanpa diproses. Wajib mengeluarkan 2.5% daripada jumlah keseluruhannya yang cukup syarat.

Syarat wajib Zakat Rikaz
Syarat mengeluarkan zakat rikaz ialah beragama Islam, merdeka dan sempurna milik. Nisabnya tidak sama dengan nisab emas dan perak dan tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi pada kadar 1/5 atau 20% daripada jumlah kesemua yang diperolehi

ZAKAT KWSP

Wang yang terdapat di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajib zakat ke atasnya sehinggalah dikeluarkan oleh pemiliknya dan disimpan selama setahun (genap haul dan cukup nisab) maka wajib zakatnya sebanyak 2.5%.

Sekiranya sebelum tempoh haul wang tersebut telah habis digunakan maka tidak wajib zakat