GANJARAN BULAN MUHARAM

Bulan Muharam,adalah bulan yang merakamkan banyak peristiwa perjuangan para Rasul dan Nabi yang digambarkan dalam al-Quran.Pada setiap tahun umat Islam di Malaysia menyambut tahun baru Islam atau lebih dikenali sebagai Maal Hijrah.Pada 10 Muharam,umat Islam digalakkan melakukan pelbagai perkara sunat kerana Allah telah menjanjikan ganjaran pahala yang besar bagi mereka yang melakukannya.



 

  1. Beberapa kelebihan hari asyura(10 Muharam),mengikut Syaikh Abdul Rahman Asyfuri ada 13 perkara yang disunatkan,iaitu perkara itu disertakan dengan maksud hadis mengenainya.
  2. Puasa hari Asyura – Berniat(Sahaja aku puasa esok hari sunat Asyura kerana Allah Taala.Allah akan memberi pahala seribu kali haji,seribu kali umrah,seribu kali syahid dan diharamkan daripada neraka.
  3. Menjamu orang berbuka puasa – Allah memberi pahala,seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  4. Sembahyang sunat empat rakaat niatnya – (Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca surah Qulhuwallah sebelas kali.Allah akan mengampunkan dosanya walaupun telah berlarutan selama lima puluh tahun melakukannya.
  5. Membaca Qulhuwallah 1,000 kali – Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat akhirat.
  6. Mandi Sunat – Niatnya(sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala).Allah memberikan kesihatan(tidak sakit berat)pada tahun itu.
  7. Bercelak – Allah akan menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
  8. Memelihara kehormatan diri-allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  9. Bersedekah - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti hingga ia mati dan diberi pahala seperti bersedekah kepada fakir miskin di dalam dunia ini.
  10. Menyapu kepala anak yatim – Allah akan mengurniakan sepohon di syurga bagi tiap-tiap helai rambut yang disapunya.
  11. Menunjukkan orang sesat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  12. Menahan marah – Allah akan memasukkannya ke dalam golongan orang yang redha.
  13. Memuliakan fakir miskin – Allah akan memuliakannya dalam kubur nanti.
  14. Membaca surah al-Infithaar(terbelah) – Jika seseorang banduan membacanya Insyaallah ia akan dibebaskan dari penjara.”Jika orang yang demam membacanya ke atas air lalu dimandikannya,Insya-Allah akan sembuh demamnya”.