Caruman Ahli

SYARAT-SYARAT MENJADI ANGGOTA

  1. Isi borang yang boleh di dapati melalui E-Borang.
  2. Mesti berumur 18 tahun ke atas
  3. Sertakan fi masuk RM20.00.
  4. Saham minima RM 500.00 ( boleh di buat secara ansuran )
  5. Warganegara Malaysia
  6. Yuran wajib bulanan RM18-00 sebulan
  7. CARUMAN BULANAN


Setelah mendaftar menjadi anggota KOPERASI TAKAFUL , anggota  dikehendaki meneruskan komitmen dengan membuat bayaran caruman secara bulanan iaitu caruman wajib dan caruman pilihan.

Tujuan caruman ini ialah untuk mengumpul dana bagi membantu membangunkan ekonomi anggota, melalui pelaburan, pemilikan harta,memberi kemudahan pelajaran,perniagaan,membantu anggota memiliki atau melibatkan diri dalam perniagaan, membantu anggota memiliki atau melibatkan diri dalam perniagaan,membantu anak yatim,ibu tunggal,OKU dan lain-lain lagi.

No Perkara Jumlah
1 Yuran Wajib RM10-00
2 Simpanan Al-Wadiah (pilihan) RM10-00
3 Pelaburan Hartanah (wajib) RM4-00
4 Sumbangan Tabung Kebajikan( wajib ) RM2-00
5 Sumbangan Tabung Pendidikan ( wajib)    RM1-00
6 Sumbangan Tabung  Fisabilillah ( wajib)     RM1-00


CARA BAYARAN

Bayaran Melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA)

Potongan gaji bulanan yang dikendalikan oleh BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA bagi anggota yangberkhidmat dengan jabatan kerajaan, badan berkanun dan kuasa-kuasa tempatan.
(Arahan akan dibuat oleh Koperasi dan Borang akan dibekalkan oleh Koperasi)

Bayaran Sendiri

Bayaran boleh dibuat dengan arahan bank, cek, kiriman wang, wang pos atau datang sendiri Pejabat Koperasi/cawangan yang berdekatan.

Perhatian: Bayaran melalui cek/ kiriman wang / wang pos / giro hendaklah dipalang dan dibayar atas nama "KOPERASI PERUNDING TAKAFUL IKHLAS (M) BERHAD"
PENERANGAN MENGENAI CARUMAN

SYER -  Setiap anggota mesti mengenapkan modal syer RM 500-00  bagi melayakkan anggota tersebut sebagai anggota aktif. Ia boleh di buat secara ansuran sebanyak sepuluh kali.Dividen keatas syer ini akan di bayar setiap tahun (tertakluk kepada keuntungan,jika ada)

Yuran - Merupakan komitmen bulanan anggota untuk mengukuhkan tabungan dan pelaburan. Yuran ini beserta keuntungan (jika ada) akan di pulangkan setelah anggota tidak lagi menganggotai koperasi.
Simpanan Al-Wadiah – Merupakan simpanan pelaburan jangka panjang yang akan di laburkan didalam instrument kewangan yang menghasilkan keuntungan yang sederhana .

Pelaburan Hartanah –  Wang akan dikumpulkan untuk membeli/menebus mana-mana harta lelongan atau belian di pasaran terbuka. Tujuannya adalah untuk mengurangkan jurang pemilikan ekuiti harta diantara melayu dan bukan melayu. Koperasi merancang untuk membeli rumah-rumah kedai yang sederhana kosnya mengikut kemampuan.Koperasi sedang meneliti untuk membeli sebuah bangunan untuk dijadikan pejabat operasi Koperasi.

Tabung kebajikan/fisabillillah – Ini adalah satu tabung perjuangan .Membantu individu miskin dan menginfak kemana-mana organisasi/pertubuhan yang menegakkan amal makruf nahi munkar.

Derma Pendidikan – Untuk menolong meringan bebanan anak anggota yang mahu melanjutkan pelajaran, hadiah cemerlang pendidikan,sokongan kepada ahli yang  ingin meneruskan pelajaran.