Testimoni

"Nama saya Siti Zainab binti Abd Rahman, berusia 24 tahun.  Saya merupakan anak jati kelahiran Batu Pahat dan juga merupakan graduan lulusan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan Pengurusan Organisasi.  Penglibatan diri saya dalam Takaful Ikhlas ini bermula pada Mei 2007.  Ini bermakna sudah hampir setahun setengah saya berkecimpung dalam industri takaful."

"Tidak dinafikan untuk menjadi seorang perunding takaful bukan suatu tugas yang mudah.  Malahan saya pernah berputus asa sebelum ini.  Untuk pengetahuan anda, pendapatan yang saya diperolehi pada awalnya hanyalah sebanyak RM56.30 sebulan.  Tidak cukup untuk menampung perbelanjaan diri dan perjalanan harian.  Apatah lagi mahu membayar hutang PTPTN yang berlonggok.  Setiap hari dengan motosikal cabuk milik keluarga saya memulakan perjalanan untuk bertemu pelanggan.  Berada dalam kebasahan, kepanasan atau ‘makan’ asap kenderaan lain juga sudah menjadi perkara rutin apabila bermotosikal."


"Berkat kesabaran, usaha dan kesungguhan, kini pendapatan saya semakin meningkat dari semasa ke semasa.  Saya yakin kerjaya sebagai perunding takaful ini mempunyai masa depan cerah dan saya menganggap ia sebagai peluang,bukan sahaja untuk meningkatkan ekonomi bahkan untuk mempertingkatkan kemahiran diri.  Dan kini saya mampu tersenyum puas di atas usaha saya selama ini.  Saya sudah memiliki sebuah kenderaan Proton Savvy memandangkan pendapatan saya kini sudah mencecah RM2000/- sebulan. Dengan Proton Savvy ini lah saya dapat meneruskan aktiviti perniagaan dan membantu kedua orang tua saya.  Untuk pengetahuan saudara juga, saya kini baru sahaja membeli komputer riba dengan harga RM 2,299/-  Mungkin tak semahal komputer milik orang lain tapi saya berpuashati kerana dapat memilikinya hasil titik peluh sendiri."

"Kepada graduan di luar sana , tidak perlulah anda terlalu memilih pekerjaan.  Saya juga seperti anda, pernah mengalami zaman pengangguran dan mencari pekerjaan.  Namun saya bersyukur kerana Allah ‘mempertemukan’ saya dengan Takaful Ikhlas.  Bukan niat berbangga tetapi realitinya keadaan saya kini lebih berjaya berbanding rakan-rakan sekolej yang masih tercari-cari dan menunggu peluang pekerjaan.  Sedangkan saya kini sudah memiliki kerjaya, kereta dan wang.  Takaful Ikhlas bukan sahaja sumber untuk mencari wang bahkan ia adalah jalan hidup yang telah saya pilih dan kehidupan saya kini lebih teratur dan tenang.  Ia banyak memberi pengajaran dan pengalaman berharga dalam  membentuk peribadi saya menjadi manusia yang lebih baik.  Saya boleh, anda juga pasti boleh."

"Syukur alhamdullilah dan ribuan terima kasih diucapkan  kepada ibu bapa, rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan dan tunjuk ajar. Tidak lupa juga pada yang banyak membantu iaitu Pn. Zurina dan En.Mohd Diah Yusof selaku Pengurus Agensi & Pengerusi Koperasi Takaful…Bersama membangunkan ekonomi melayu dan sistem Muamalat Islam"


..Sekian .. - Zainab-

 

"Kerjaya sebagai Perunding Takaful adalah tugas yang amat mencabar bagi saya. Memperkenalkan diri, saya NOR JOHARIAH BINTI JOHARI lahir di Kampung Parit Baring, Batu Pahat dan berkelulusan dalam bidang sains komputer. Saya bergiat sebagai Perunding Takaful ini sejak awal bulan Mac 2007, saya menganggap kerja ini hanyalah sebagai sambilan kerana di waktu itu saya mempunyai kerja yang lain. Setelah beberapa bulan, kira-kira pada awal November 2007 saya serius dengan kerjaya sebagai Perunding Takaful dan terus meninggalkan kerja yang lain."

"Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Pelbagai dugaan, cabaran dan masalah saya hadapi. Antaranya desakan dan tentangan daripada keluarga. Mereka menganggap kerjaya ini hanyalah sia-sia dan tiada masa depan. Tapi bagi saya tidak. Saya tidak mengalah, saya cuba buktikan kepada keluarga yang kerjaya ini bukan satu pekerjaan yang sia-sia. Banyak contoh yang saya lihat untuk saya terus berjaya. Antaranya rakan-rakan setugas saya sendiri. Memang benar, untuk terus berjaya bukan mudah. Kita kena kerja kuat, tabah, sabar dan terus berusaha."

"Pelbagai kursus dan latihan yang saya hadiri. Antaranya tentang produk takaful, cara berkomunikasi dengan pelanggan dan banyak lagi. Dengan kursus dan latihan yang saya hadiri, ini akan memberi ilmu pengetahuan dan dapat meningkatkan prestasi kerja saya."  

"Bila disebut sebagai Perunding Takaful, sudah tentu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan. Pelbagai ragam dan karenah pelanggan yang saya temui. Ada yang benci dan marah dengan takaful ini. Ada juga membandingkan saya dengan perunding takaful yang lain. Janganlah kerana nyamuk kelambu dibakar. Walaupun banyak reaksi negatif pelanggan terhadap saya tetapi saya tetap berfikiran posotif kerana prinsip saya hanya satu iaitu untuk terus berjaya. Banyak tempat juga saya lawati, antaranya agensi-agensi kerajaan, syarikat swasta, sekolah dan banyak lagi."

"Alhamdulillah, dengan kerjaya sebagai perunding takaful ini saya telah mempunyai pendapatan yang kukuh. Dari pendapatan yang rendah dengan hanya RM35 sebulan sekarang pendapatan saya telah memelebihi  RM1500 sebulan. Hanya kerana saya berdoa tawakal sabar dan paling penting berusaha. Saya telah membuktikan pada keluarga yang kerjaya saya pilih ini tidaklah salah. Keluarga juga telah yakin terhadap saya dan tiada lagi tentangan daripada mereka."

"Saya ucapkan terima kasih kepada pengurus saya Puan Zurina dan Pengerusi Koperasi Takaful (En Mohd Diah) yang tidak jemu menasihati saya. Saya bercadang untuk membuka sebuah agensi di masa akan datang."

Sekian -JU-