PERNIAGAAN

ZAKAT PERNIAGAAN

Iaitu dikeluarkan hasil daripada perniagaan sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi atau saham.

  • Termasuk di dalam pengertian perniagaan ialah sebarang perusahaan yang bersifat untung dan rugi.
  • Selain daripada 5 syarat wajib zakat, hendaklah :
    - Mempunyai niat berniaga
    - Perniagaan yang halal
HARTA PERNIAGAAN YANG DI KIRA DALAM PENENTUAN ZAKAT
  • Barang perniagaan (stok akhir dinilai mengikut harga jualan semasa)
  • Wang tunai di tangan
  • Wang tunai di bank
  • Hutang niaga yang timbul daripada jualan secara kredit dan dijamin dibayar semula
  • Pelaburan dari hasil perniagaan (jangka pendek)
KADAR NISAB

Menyamai nilai semasa 85 gram emas

KADAR WAJIB

2.5 % atau 1/40 daripada harta perniagaan yang cukup nisab

PENGIRAAN ZAKAT

Kaedah pengiraan Zakat Perniagaan adah berdasarkan kepada penyata kunci kira-kira syarikat bagi sesuatu tahun kewangan. Terdapat 2 pendekatan berbeza yang boleh digunakan, namun ianya berasaskan kepada persamaan perakaunan yang seimbang iaitu:

Modal kerja
Aset/Harta semasa - liabiliti / tanggungan semasa +/- Pelarasan
Modal Berkembang
Ekuiti Pemilik + liabilit jangka panjang - aset tetap - aset separuh tetap +/- Pelarasan

Kedua-dua model tersebut akan memberikan jawapan yang sama berdasarkan kepada persamaan perakaunan. Walaubagaimanapun sebelum taksiran dibuat, beberapa item perlu diselaraskan/penyesuaian dengan merujuk kepada perincian fiqah zakat