PERTANIAN

ZAKAT PERTANIAN ( BUAH-BUAHAN & BIJIRAN )

Bijiran ialah hasil tanaman yang menjadi makanan utama sesebuah negeri, mengenyangkan dan tahan lama seperti padi, gandum, jagung, sekoi, kacang dan seumpamanya.

  • Buah-buahan ialah kurma dan anggur yang dikeringkan sahaja.
  • Bagi Negara Malaysia, bijiran yang lazimnya ditanam dan dikeluarkan zakat ialah padi
  • Hasil pertanian seperti kelapa, kelapa sawit, kopi, sayur-sayuran dan sebagainya tidak dikenakan zakat kecuali jika diperniagakan ia dikenakan zakat perniagaan
  • Tidak disyaratkan sempurna haul. Sebagai syarat tambahan hendaklah ianya ditanam oleh manusia.
NISAB BIJIRIN DAN BUAH-BUAHAN

5 usuk iaitu bersamaan 363 gantang Malaysia atau 816.75 kilogram.
1 Tahil = 37.5g
1 Kati = 600g = 16 tahil
1 Gantang = 3 kati 12 tahil = 2.25kg

WAKTU BERZAKAT

Dikeluarkan zakat setelah tanaman tersebut dipetik/dituai dan diproses. Sebagai contoh padi hendaklah diceraikan dari tangkainya dan dijemur.

KADAR WAJIB ZAKAT

- 5% atau 1/20 bagi tanaman yang diusahakan menggunakan keperluan dan kos seperti jentera dan saliran. 
- 10% atau 1/10 bagi tanaman yang diusahakan dengan bergantung kepada jirusan air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai semata-mata.