Tentang Kami

APA ITU KOPERASI?
Koperasi adalah sebuah organisasi sosio-ekonomi yang dianggotai, dimodali dan ditadbirkan oleh anggota koperasi sendiri, berasaskan kepada semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya.

Koperasi bukan merupakan sebuah pertubuhan politik, kesatuan sekerja (trade union), badan kebajikan atau syarikat persendirian/swasta.

PRINSIP-PRINSIP KOPERASI

  • Keanggotaan sukarela dan terbuka
  • Pengurusan yang demokratik
  • Pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota-anggotanya
  • Pembahagian keuntungan dengan saksama
  • Penggalakkan pendidikan koperasi
  • Kerjasama aktif dikalangan koperasi-koperasi berdaftar; dan
  • Prihatin terhadap masyarakat.

Bersyukur kami kehadrat ALLAH  SWT, kerana dengan limpah kurnia serta izinnya kami dapat menubuhkan sebuah koperasi yang di beri nama Koperasi Perunding Takaful IKHLAS (J) Berhad atau ringkasnya Koperasi Takaful.

Semasa dalam proses penubuhannya banyak rintangan serta halangan yang terpaksa ditempohi. Alhamdulillah pada 21 Disember 2006 koperasi ini telah diluluskan pendaftarannya dengan keahlian seramai 123 orang. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu sehingga pendaftarannya diluluskan.

Tanggal 24 Januari 2009 tercipta hari bersejarah  koperasi dimana pada hari tersebut nama koperasi telah ditukar kepada Koperasi Perunding Takaful IKHLAS Malaysia Berhad dengan nama ringkasnya Koperasi Takaful. Kawasan operasinya pula meliputi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Koperasi ini ditubuhkan  dengan tujuan   berjihad untuk membangun dan   memperkasakan  ekonomi anggota dan ummah melalui amalan tabungan melalui konsep “Berlindung dan Menabung ,” dimana kami tanamkan semangat  membantu menegakkan Muamalat Islam melalui penerangan & dakwah.

Pada dasarnya, KOPERASI TAKAFUL merupakan sebuah koperasi fungsi kewangan islam yang akan melibatkan pengurusan risiko, pembiayaan peribadi & perniagaan, pembangunan hartanah, pajak gadai islam (Ar-Rahnu ) dan Amil Zakat Korporat.

Disamping itu kami beriltizam untuk menjadi penyedia perkhidmatan rundingcara dan khidmat nasihat Kewangan Islam khususnya Takaful melalui agen-agen terlatih yang cemerlang dengan motto.

“ Berkualiti – IKHLAS – Telus"

Melahir dan membangunkan usahawan Takaful juga merupakan tanggungjawab utama kami dimana kami berhasrat untuk melahir dan membangunkan 200 usahawan Takaful tegar menjelang 2013 dengan membuka sekurang kurangnya 25  pejabat agensi. Sehingga ini kami sudah mempunyai 4 cawangan agensi . Kesemua bakal usahawan takaful itu  akan di nilai dan dipilih dari kalangan graduan mengganggur yang berminat dan komited. Mereka akan dilatih didalam pelbagai aspek perniagaan dengan mendalami ilmu keusahawanan dengan kerjasama agensi agensi kerajaan.

Kami memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk membantu bagi  menjayakan hasrat serta cita cita murni itu. Kami menyeru kepada semua yang sayang dan cintakan agama dan bangsa supaya saling  bantu  membantu dan saling bekerjasama diantara satu sama lain melalui platform koperasi kami.

Kepada koperasi koperasi lain marilah kita ujudkan jaringan perniagaan selaras dengan prinsip keenam prinsip koperasi.

Sama sama kita renungi kata-kata ini :

“ Dari orang islam untuk masyarakat Islam. “   Dan   “ Mencari yang halal itu fardhu”.

Oleh kerana kami masih baru kami memerlukan sokongan serta bimbingan semua pihak disamping kami  menyeru ummah untuk  bersama sama menyokong kami, sebuah koperasi yang mendukung cita cita pembangunan ekonomi ummah melalui konsep “Berlindung dan Menabung.”

Dapatkan produk-produk Takaful melalui koperasi kami. Sebahgian dari sumbangan anda  sangat bererti kerana ia akan disalurkan ke beberapa tabung seperti Tabung Anak Yatim dan Tabung Pembangunan Insan dan Tabung Fisabilillah yang kami ujudkan.

Jom..jangan tunggu lagi. Hubungi wakil/perunding kami ………..

Sekian , Wabillahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Salam hormat dari kami,


PENGERUSI KOPERASI TAKAFUL