Profil

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“ Dan tolong menolong lah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa,  dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaNya,”
( Al-Maidah ayat 2 )

”Allah akan sentiasa membantu hambanya selagi mereka saling bantu  membantu antara satu sama lain”
( hadis riwayat Imam Ahmad&Imam Abu Daud )

Koperasi Perunding Takaful IKHLAS (J) Bhd atau ringkasnya (Koperasi Takaful ) telah ditubuhkan pada 21 Dis 2006 dan berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dengan No.pendaftaran J-4-0485.

Koperasi Takaful ini diasaskan oleh beberapa individu yang berpengalaman dengan   sokongan beberapa pihak termasuk Angkasa dan SKM dengan tujuan menggalakan budaya menabung sambil berlindung sesuai dengan konsep perancangan kewangan,demi  mempertingkatkan sosio- ekonomi masing masing.

Kami juga ingin berkongsi serta mengambil bahagian didalam arus pembangunan ekonomi bagi menolong ahli-ahli kami menjadi usahawan tegar yang berdaya saing. Disamping itu ia juga dapat menyatukan ummah dibawah satu entiti perniagaan yang menjurus kepada pembangunan sosio ekonomi ahli-ahli.

KOPERASI TAKAFUL merupakan sebuah koperasi perkhidmatan perancangan kewangan bagi memenuhi keperluan untuk membangunkan ahli dalam bidang ekonomi demi kecemerlangan bangsa dan agama dan seterusnya memperkasakan MUAMALAT ISLAM.

KOPERASI TAKAFUL juga komited untuk memberikan perkhidmatan rundingcara dan khidmat nasihat dalam bidang Takaful melalui agen-agen /perunding yang TERLATIH,BERKUALITI,IKHLAS DAN TELUS.

OBJEKTIF

  • Menjadi penyedia perkhidmatan rundingcara dan khidmat nasihat (sebagai agen korporat) yang berdaya saing dengan ciri-ciri mengikuti syariat Islam
  • Menjalankan kegiatan ekonomi dan kebajikan dengan menggalakkan tabungan bagi meningkatkan sosio ekonomi anggotanya.
  • Menyediakan skim kebajikan sebagai sumbangan serta pembelaan kepada anggotanya demi memartabatkan bangsa serta agama.
  • Melahir dan membangunkan usahawan muslim dalam pelbagai sektor perniagaan khususnya usahawan takaful yang proaktif,produktif serta berdaya maju.

LATAR BELAKANG

Pada  21 Dis 2006,Koperasi Perunding Takaful IKHLAS  Johor Berhad telah ditubuh dan di daftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan No.pendaftaran J-4-0485. Pada ketika itu kawasan operasinya ialah di  negeri Johor.

Tanggal 24 Januari 2009 tercipta hari bersejarah  koperasi dimana pada hari tersebut nama koperasi telah ditukar kepada Koperasi Perunding Takaful IKHLAS Malaysia Berhad dengan nama ringkasnya Koperasi Takaful. Kawasan operasinya pula meliputi seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Koperasi Takaful di daftarkan dengan tujuan utama untuk menggalakan budaya ’menabung sambil berlindung’ dikalangan masyarakat Islam dan bukan islam yang mempunyai kesedaran  untuk mempertingkatkan sosio ekonomi masing masing.

Koperasi juga ingin berkongsi serta mengambil bahagian didalam arus pembangunan ekonomi bagi membantu ahli-ahlinya yang berminat untuk menjadi usahawan tegar yang berdaya saing. Kami mengutamakan penyatuan ummah di bawah satu entiti perniagaan yang menjurus kepada pembangunan sosio ekonomi ..

KOPERASI TAKAFUL merupakan sebuah koperasi fungsi kewangan yang akan melibatkan terlibat didalam pengurusan risiko, pembiayaan peribadi & perniagaan, pembangunan hartanah, pajak gadai islam (Ar-Rahnu ) dan Amil Zakat Korporat.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Menjadi penyedia perkhidmatan rundingcara dan khidmat nasihat  (sebagai  agen korporat) yang berdaya saing dengan ciri-ciri yang tidak bercanggah dengan syariat Islam
  2. Menjalankan kegiatan ekonomi dan kebajikan dengan menggalakkan tabungan bagi meningkatkan sosio ekonomi anggotanya.
  3. Melahir dan membangunkan usahawan muslim dalam pelbagai sektor perniagaan khususnya usahawan takaful yang proaktif,produktif serta berdaya maju.
  4. Menyediakan kursus serta seminar kewangan dan keusahawan.
  5. Menyediakan skim kebajikan sebagai sumbangan serta pembelaan kepada anggotanya demi memartabatkan bangsa serta ugama.
  6. Menyediakan dana fisabillillah untuk membantu kecemerlangan ummah.