Visi

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“ Dan tolong menolong lah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa,  dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaNya,”
( Al-Maidah ayat 2 )

”Allah akan sentiasa membantu hambanya selagi mereka saling bantu  membantu antara satu sama lain”
( hadis riwayat Imam Ahmad&Imam Abu Daud

KONSEP KOPERASI TAKAFUL
Konsep KOPERASI TAKAFUL ialah bekerjasama, tolong menolong dan saling bantu membantu di dalam kerja-kerja yang memberi manfaat melalui kaedah tabungan secara konsisten untuk membangunkan ekonomi ummah.

VISI
 
Berjihad Membantu Membangunkan Usahawan dan Membangunkan Ekonomi Ummah berpaksikan nilai-nilai mulia yang tidak bertentangan dengan syarak.

MISI
 
Beriltizam untuk menjadi penyedia perkhidmatan rundingcara dan khidmat nasihat (Agen Korporat) yang professional dalam Sektor Kewangan Islam disamping menjadi pengerak dan pemangkin utama dalam pembangunan usahawan dan ekonomi ummah.