SKIM PEMBIAYAAN SYARIAH

 

SKIM PEMBIAYAAN SYARIAH DENGAN KERJASAMA BERSAMA KOPSYA (KOPERASI PEMBIAYAAN SYARIAH ANGKASA)

Produk-produk yang KOPSYA tawarkan.

Al-Tawarruq KOPSYA

(Pembiayaan tunai kepada koperasi anggota)
Pembiayaan Tijari Tawarruq adalah pembiayaan kepada koperasi anggota bagi meraikan pelbagai keperluan tunai :

1. Pembiayaan peribadi kepada ahli koperasi
2. Pembiayaan hartanah
3. Projek-projek koperasi yang berdaya maju.

Musyarakah KOPSYA

(Pembiayaan Perumahan)
Pembiayaan Perumahan Musyarakah Mutanaqisah adalah produk khas yang direkabentuk bagi membolehkan koperasi anggota memiliki hartanah dengan mengunakan kaedah sewa-pajakan Al-Ijarah dan Al-Bai' yang sangat fleksibel.

Al-Rahn KOPSYA

(Pajak Gadai)
Al-Rahn yang bakal disalurkan menerusi koperasi anggota akan meluas dan memudahkan para anggota dan pelanggan memperoleh kemudahan kewangan dengan segera.

Al-Tawreed KOPSYA

(Simpanan & Pelaburan)
Simpanan berkonsepkan Wadiah yang diwujudkan khas untuk menggalakkan ahli koperasi melalui koperasi masing-masing (yang bermusyarakah dengan KOPSYA) untuk menabung dan melabur yang mana akaun pelaburan tersebut akan diuruskan sepenuhnya oleh KOPSYA.

Mudharabah KOPSYA

(Koperasi)
Skim Deposit Syariah dengan nilai lebih besar bagi merebut pulangan yang lebih tinggi atas dasar berkoperasi di bawah prinsip Musyarakah.

Al-Sarf KOPSYA

(Tukaran Wang)
Perkhidmatan Pertukaran Mata Wang berdasarkan syariah. Perkhidmatan ini juga boleh ditawarkan secara Musyarakah bersama-sama dengan aktiviti Al-Rahnu.


BIDANG PERNIAGAAN


 

PERANCANGAN MASA HADAPAN