SIAPA KAMI

KEANGGOTAAN

Keanggotaan Koperasi ini terdiri daripada sekalian mereka yang turut sama dalam permohonan untuk mendaftar Koperasi ini dan mereka yang diterima menjadi anggota selepas pendaftaran mengikut peraturan dan Undang–Undang Kecil Koperasi ini dari semasa ke semasa.

TADBIR URUS

Tadbir urus Koperasi ini adalah dibawah kelolaan Anggota Lembaga yang terdiri daripada Sebelas orang anggota Koperasi yang dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

Jawatan Kuasa Audit Dalaman mempunyai kuasa untuk memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain yang berhubung secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan hal ehwal Koperasi dijalankan mengikut matlamat penubuhan Undang – Undang Kecil serta Mesyuarat Agung.

AKTIVITI UTAMA

Menjalankan sebarang aktiviti perniagaan yang termaktub di dalam Undang-undang Kecil Koperasi, termasuk Pengurusan Restoran, Pengurusan Pasaraya, Ar-Rahnu, Pembiayaan Syariah serta aktiviti Pelaburan yang berlandaskan Syariah.

OBJEKTIF KOPERASI

Objektif utama Koperasi ini adalah menjalankan aktiviti (kredit) kepada anggotanya.

Koperasi juga sering mempergiatkan usaha dalam bidang – bidang yang dilaksanakan seperti pinjaman kepada anggotanya, perkhidmatan Insuran, Pelaburan di Institusi – Institusi yang berdaftar dan sewaan gerai serta tanah milik Koperasi.

ASET KOPERASI

Aset Koperasi adalah terdiri daripada Syer,Yuran Anggota,Simpanan Khas dari anggota,Baki keuntungan terkumpul dan lain – lain.

Koperasi juga sedang bercadang untuk membeli mana-mana hartanah dan bangunan di lokasi-lokasi yang strategic dan berpotensi untuk disewakan.

KEDUDUKAN KEWANGAN

Tahun kewangan Koperasi adalah bermula pada satu haribulan September dan berakhir pada tiga puluh satu haribulan Ogos.

Kedudukan kewangan pada masa ini adalah ditahap yang rendah serta sedang dikembangkan dengan aktiviti-aktiviti penambahan ahli serta kempen penambahan syer ahli yang sedia ada dan Koperasi juga dapat melaksanakan segala aktiviti yang telah ditetapkan.