KOP PEMBANGUNAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA BERHAD

Isnin, Februari 19, 2018

  • 1370920764_untitled_1_mini.jpg

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KOP PEMBANGUNAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA BHD

Indeks Artikel
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KOP PEMBANGUNAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA BHD
Page 2
Semua Muka

Koperasi Pembangunan Daerah Seberang Perai Utara Berhad atau ringkasnya KPDSPU BHD ditubuhkan pada 24hb September 1986 dengan nombor pendaftaran Koop. Daerah 176. Sejak ia ditubuhkan, ia telah menjalankan aktivitinya seperti apa yang telah dirancangkan. Selama 15 tahun Koperasi Pembangunan Daerah Seberang Perai Utara Berhad menjalankan aktivitinya, kini ia mula mengorak langkah ke era baru sehingga ia dapat berdiri teguh seperti yang ada pada hari ini


 

 

Koperasi Pembangunan Daerah Seberang Perai Utara Berhad beribu pejabat di Nombor 3 Lorong Malinja Satu, Kompleks Taman Sepakat, 13200 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Walaupun jatuh bangunnya Koperasi Pembangunan Daerah Seberang Perai Utara Berhad namun dengan era barunya tetap meneruskan perjuangan seperti yang dicita-citakan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Ghafar Baba. Di atas saranan Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba maka dengan inisiatif Pejabat Daerah Seberang Perai Utara dengan penasihatnya yang berusaha En. Ismail Bin Mamat selaku Pegawai Daerah Seberang Perai Utara pada masa itu, maka tertubuhlah Koperasi Pembangunan Daerah Seberang Perai Utara Gotong-Royang Berhad dengan dipengerusikan oleh Cikgu Abu Bakar Bin Yasin dan setiausahanya Tuan Haji Yaakub @ Md Isa Bin Awang dan seramai 13 orang Lembaga Pengarah.


Dari tarikh tersebut Koperasi ini menjalankan aktivitinya membuat projek-projek kecil di bawah peruntukan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri melalui Pejabat Daerah. Selepas 15 tahun Koperasi ini menjalankan aktivitinya, dalam Mesyuarat Agung kali ke – 11 selepas mendapat mandat dalam Mesyuarat Agung tersebut, nama Gotong-Royong dikeluarkan dari nama asal dan sekarang dikenali dengan nama Koperasi Pembangunan Daerah Seberang Perai Utara Berhad. Dengan azam serta visi baru, Anggota Lembaga Koperasi yang ada pada masa sekarang akan berusaha meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip Koperasi. Dalam dekad yang akan mendatang Koperasi ini merancang meninggikan taraf ekonomi anggota-anggotanya dengan menjalankan projek-projek Mega untuk mencari keuntungan yang berlipat ganda sejajar dengan matlamatnya.

AKTIVITI

February 2018
M T W T F S S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 1 2 3 4

PENGUMUMAN

KPDSPU BHD

Koperasi Pembangunan Daerah Seberang Perai Utara Berhad

No 1 & 2, Lorong Malinja Satu,

Kompleks Taman Sepakat , 13200 Kepala Batas,

Seberang Perai Utara , Pulau Pinang.

Tel/Fax : 04-5741598