Pengenalan

Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Bhd (KUMUDA) telah disahkan pendaftaran dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)  bernombor bil.  P-4-0398 pada 17 JUN 2009 berdasarkan kelulusan Mesyuarat Agung Permulaan pada 30 MEI 2009 di Dewan KUKAM, Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang.

 

AHLI LEMBAGA KOPERASI KUMUDA 2009-2010

Berikut adalah sepuluh (10) orang anggota telah dipilihlantik ketika Mesyuarat Agung Permulaan untuk mengisi Lembaga Koperasi, yang mana tempoh lantikan maksimum adalah selama dua tahun, dan selepas dua tahun pertama penubuhan, separuh daripadanya hendaklah mengosongkan jawatan mereka pada Mesyuarat Agung Tahunan KUMUDA yang akan diadakan setiap tahun di antara bulan Julai hingga November:-

  1. Tuan Haji Mohd Noor bin Yusof
  2. Tuan Haji Tarmimi bin Ismail
  3. Puan Noriha binti Hussin
  4. Puan Rosidah binti Mohd Ismail
  5. Puan Siti Huraizah binti Abdul Rahman
  6. Encik Koh Yee Foo
  7. Encik Adam Yong bin Abdullah
  8. Encik Mohd Ali bin Ismail
  9. Encik Mohamed Nasir bin Md Sobri
  10. Encik Nadzar bin Daud

Pada Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Pertama yang diadakan sebaik-baik sahaja Mesyuarat Agung Permulaan selesai, berikut adalah perlantikan awal pentadbiran ALK:

PENGERUSI

Tuan Haji Mohd Noor bin Yusof
(dipangku oleh En. Mohamed Nasir bin Md Sobri bermula 6 JUN 2010)


SETIAUSAHA

Puan Siti Huraizah binti Abdul Rahman (dipangku oleh En. Ahmad Tarmizi bin Osman bermula 8 OGOS 2010 dan kemudian oleh En. Muzafar bin Ghazali bermula 20 FEB 2011)


BENDAHARI

Encik Adam Yong Abdullah
(dipangku oleh En. Mohamed Nasir bin Md Sobri untuk tempoh 25 APRIL 2010 hingga 6 JUN 2010, oleh En. Muzafar bin Ghazali bermula 6 JUN 2010 dan kemudiannya oleh En. Rosli bin Ishak bermula 8 OGOS 2010).

Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik Yang Berhormat Hj Muhamad Farid bin Hj Saad sebagai Penasihat KUMUDA.


Untuk memantapkan pentadbiran KUMUDA, beberapa rombakan telah dilaksanakan pada mesyuarat-mesyuarat ALK bertarikh 25 APRIL 2010, 6 JUN 2010 dan 26 SEP 2010, yang mana beberapa anggota telah dilantik memangku jawatan Ahli-ahli Lembaga Koperasi yang telah bersara.  Bermula Ahad, 26 SEP 2010, berikut adalah senarai ALK KUMUDA:-

  1. Encik Muhammad Ashraf Bin Abdul Rahim (bermula 26 SEP 2010)
  2. Encik Ahmad Tarmizi bin Osman (bermula 6 JUN 2010)
  3. Encik Mohamed Nasir bin Md Sobri
  4. Encik Muzafar bin Ghazali (bermula 25 APRIL 2010)
  5. Encik Nadzar bin Daud
  6. Puan Noriha binti Hussin
  7. Encik Rosli bin Ishak (bermula 25 APRIL 2010)
  8. Puan Siti Huraizah binti Abdul Rahman
  9. Encik Syahril Azran bin Yahaya (bermula 26 SEP 2010)
  10. Puan Zurilaili binti Ishak (bermula 25 APRIL 2010)

Tuan Haji Mohd Noor bin Yusuf telah dilantik sebagai Penasihat 2, dan akan terus bersama menggerakkan KUMUDA.


SEJARAH & LATARBELAKANG

Idea penubuhan KUMUDA bermula melalui dialog anjuran Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau (KUS-BP) yang turut disertai oleh YB Hj Muhammad Farid Saad, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tempatan pada bulan APRIL 2009 sebagai sesi penutup penganjuran seminar & bengkel Blog Bash 2009 pada bulan sebelumnya.

Mengambil contoh dari beberapa koperasi yang telah disokongtubuh oleh YB Farid seperti KOPEL & KUKAM, Tuan Hj Mohd Noor Yusuf dengan bantuselia oleh Puan Siti Huraizah Abdul Rahman selaku Pengurus Pusat Internet Desa Balik Pulau (PID-BP) & Setiausaha KUS-BP telah mengambil inisiatif untuk mendaftarkan sebuah koperasi baru untuk manfaat warga komuniti dengan cakupan aktiviti tidak terhad kepada bidang pelancongan atau perusahaan desa sahaja.

Keanggotaan KUMUDA terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin, mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi KUMUDA, yakni empat (4) buah daerah-daerah negeri Pulau Pinang - Timur Laut (TL), Barat Daya (BD), Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT).

Sepanjang setahun sejak tempoh penajaan bermula APRIL 2009 hinggalah 31 MAC 2010, KUMUDA telah menerima permohonan keanggotaan dari seramai 273 orang, dan telahpun mempunyai anggota bersaham penuh seramai lebih 70 orang.

Fungsi utama KUMUDA ialah menawarkan perkhidmatan kepada komuniti khususnya anggota-anggotanya sendiri yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan usahawan-usahawan sosial dan komersil.

Sepanjang tahun pertama penubuhan, penggerak KUMUDA yang terdiri daripada ahli-ahli lembaga koperasi (ALK) seramai sepuluh (10) orang dan barisan pembantu pengurusan yang terdiri daripada beberapa anggota dan staf telah mengadakan beberapa aktiviti penjenamaan dan pengenalan organisasi kepada masyarakat umum dan media.

Persoalannya, bagaimana KUMUDA boleh bermanfaat kepada anda?

Last Updated (Monday, 13 August 2012 02:39)