Objektif

OBJEKTIF

Sesuai dengan pembangunan pesat di Pulau Pinang termasuklah di kawasan-kawasan pembangunan baru seperti di Balik Pulau, Tasek Gelugor dan Kepala Batas, adalah menjadi fokus KUMUDA untuk memastikan warga tempatan sedia menyertai arus pembangunan tersebut dengan kekuatan minda, ekonomi dan ikatan sosial agak tidak terpinggir atau hanya mampu melihat.

Untuk tujuan tersebut, berikut adalah senarai objektif KUMUDA yang akan terus diperkembangkan dengan input warga KUMUDA:-

  1. Mengakrabkan komuniti agar mudah berkongsi minda dan berkerjasama dalam pelbagai aktiviti untuk manfaat bersama - melalui perjumpaan bertentang mata serta media komunikasi terkini

  2. Melatih dari kalangan warga KUMUDA dengan kepakaran tenaga kerja dan keusahawanan yang lebih mantap supaya dapat mempertingkatkan ekonomi masing-masing

  3. Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan oleh anggota supaya dapat menjimatkan atau mempertingkat kualiti dan pengeluaran produk atau perkhidmatan masing-masing

  4. Menyediakan platform untuk menjana perniagaan-perniagaan baru yang inovatif untuk anggota, atau pekerjaan kepada anggota.

  5. Membina perniagaan bersama untuk merangkaikan pertalian perdagangan dengan komuniti lain di dalam dan luar negara.

  6. Mewujudkan lebih ramai usahawan-usahawan baru sama ada dengan premis perniagaan fizikal mahupun secara talian.

Untuk visi, misi dan objektifo-objektif di atas, konsep Lobi Usahawan dan Penerbitan InfoBiz sedang dibangunkan dan memerlukan penggemblengan tenaga dari seberapa ramai anggota KUMUDA baru dan sedia ada.

Last Updated (Monday, 13 August 2012 02:41)