Laporan Program Imbasan (Refleksi) KUMUDA - JUN - NOV 2011

June 3, 2012

  1. AHAD, 13 NOV: Minggu Keusahawanan Global secara rasminya telah bermula dengan pelancaran di Kuala Lumpur hari ini.  Untuk maklumat lanjut tentang kempen penggalakan keusahawanan yang disambut di 123 buah negara ini, silalah ke http://unleashingideas.org dan http://twitter.com/#!/unleashingideas - Untuk senarai aktiviti-aktiviti di Malaysia, bolehlah merujuk di http://gewmalaysia.com dan http://fb.com/gewmalaysia
  2. JUMAAT, 11/11/11 :D Pengerusi KUMUDA telah memenuhi jemputan ke Mesyuarat Pemegang Taruh Cetusan MyINC oleh IPPTN USM pada 10 NOV 2011 di Bukit Jambul dan  Seminar Aspirasi Koperasi & Makan Malam Ulangtahun ke-55 MKM (10-11 NOV 2011) di Subang Jaya - GAMBAR: http://fb.com/media/set/?set=a.10150352791446227.346269.225932926226 dan VIDEO: http://www.youtube.com/watch?v=oeIhNfHGmMg dari ANGKASA
  3. Program latihan berikutnya yang disokong oleh KUMUDA adalah seperti berikut:-
    • Seminar Pembangunan Masyarakat Mandiri anjuran ANGKASA di Hotel Berjaya, George Town (14-15 NOV 2011)
    • Lawatan Sambil Belajar Wilayah Utara anjuran MKM ke koperasi-koperasi di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang - bertolak dari Alor Setar (14-16 NOV 2011)
    • Kursus Perakaunan Berkomputer UBS @ MKM Petaling Jaya (5-9 DIS 2011)
    • Bengkel Berfikir di Luar Kotak (Thinking Out of the Box) @ MKM Petaling Jaya (19-21 DIS 2011)
    Untuk usahawan-usahawan yang berkaitan/berminat, boleh juga menyertai kursus-kursus keusahawanan berikut di MKMPJ ini:-
  4. JUMAAT 2 NOV: Selain cuti-cuti Deepavali Aidil Adha, 30 hari terbaru diisikan dengan aktiviti penambahan ilmu dan penyediaan perancangan tahun 2012 untuk KUMUDA.  Beberapa anggota telah menyertai program-program dan kursus-kursus berikut anjuran Maktab Koperasi Malaysia (MKM):-
  5. Pengerusi KUMUDA juga telah menyertai Pelancaran Anugerah Usahawan ICT NEF-AWANI di Kuala Lumpur pada 31 OKT 2011: Pencalonan untuk Majlis Anugerah yang akan diadakan pada FEB 2012 nanti dibuka sehingga 30 NOV 2011 untuk semua usahawan Bumiputera. Ikuti di http://www.facebook.com/NEFAwaniICTAwards dan http://www.nef.org.my/v_2010/awards

    Mesyuarat Lembaga ke-4 untuk tahun 2011 yang telah diadakan pada 29 OKT 2011 telah juga membuat perlantikan anggota-anggota JAD baharu seramai tiga indivudu: Pn. Azizah bt. Abu Hassan (Sg. Rusa), En. Hashim b. Md Noor (Sg. Burong), En. Suhaimi b. Bakar (Kg. Terang) dan anggota Lembaga baharu, En. Zainol b. Saad (Teluk Kumbar) memenuhi kekosongan jawatan.
  6. ISNIN, 3 OKT: Sembang-sembang Utara ke-3 telah dijayakan pada 30 SEP 2011 dan disertai oleh lebih 70 peserta.  Sesi perkongsian bertemakan "Groom Your Business" itu telah diacarakan oleh ALK KUMUDA, Pn Zurilaili.  Moderator jemputan untuk sesi forum 90-minit adalah YBhg Dato' Mohd Noor Kamaludin, Pengerusi Penang Cluster Alliance (PCA), dan ahli panel jemputan adalah dari Zue Beauty Studio, Fortune Resources dan USM School of Management.  Turut bersama berkongsi pengalaman perniagaan adalah YB Dato' Jahara Abdul Hamid, ADUN Teluk Air Tawar dan YB Sr. Muhammad Farid Saad, ADUN Pulau Betong. Tetamu juga dikongsikan dengan promosi produk oleh Asfawalaila Enterprise, Alya Enterprise dan Teratak Spa. Gambar-gambar acara ada dirangkai dari Facebook Sembang-sembang Utara:-
  7. JUMAAT, 23 SEP: KUMUDA adalah rakan pemangkin kempen tahunan Minggu Keusahawanan Global (Sedunia) - MuG/GEW: Global Entrepreneurship Week yang diadakan setiap November. Untuk sambutan tahun ke-4 ini, tarikh Minggu MuG/GEW adalah Isnin, 14 hingga Ahad, 20 NOV 2011. KUMUDA mengalukan rakan-rakan usahasama sedia ada mahupun baru untuk kembali menggerakkan aktiviti-aktiviti objektif GEW tersebut, yakni menggalakkan keusahawanan di kalangan orang muda.  Perjumpaan pertama Rakan-rakan Usahasama di wilayah utara akan diadakan pada petang Jumaat, 30 SEP 2011 di Safira Country Club, Seberang Jaya, Pulau Pinang.  Silalah mendaftar untuk menyertainya di http://mug.pp.my . Pada petang yang sama, di lokasi yang sama, KUMUDA juga menganjurkan aktiviti bulanan Sembang-sembang:Perbualan Kasual oleh Wanita tentang Keusahawanan.  Untuk menyertai sesi dialog 2-jam ini, silalah mendaftar di http://sembang2u.pp.my
  1. ISNIN, 19 SEP: KUMUDA adalah rakan komuniti D.A.R.E. BizStart 2011 anjuran MAD Incubator, yang akan diadakan pada 28 & 29 SEP 2011 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid.  Semua dijemput untuk mendaftar ke program ini, dan menyertai bengkel-bengkel, seminar-seminar serta program-program keusahawanan yang dianjurkan.
  2. KHAMIS, 15 SEP: Tiga anggota KUMUDA telah menyertai Bengkel Rancangan Perniagaan di MKM Cawangan Alor Setar selama tiga (3) hari bermula 13hb hingga 15hb SEP 2011.  Bengkel Perniagaan berikutnya dijadualkan pada 25-27 SEP 2011 di Sungai Petani, Kedah.

  3. JUMAAT, 19 OGOS: KUMUDA Bhd telah turut menyertai Makmal Digital Malaysia anjuran PEMANDU (unit di bawah Jabatan Perdana Menteri) & MSC Malaysia (MDeC - agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi) yang telah berlangsung di Akademi Penerbangan MAS, Kelana Jaya, selama lima (5) minggu bermula 18 JULAI hingga 19 OGOS. Makmal yang disertai oleh lebih 400 individu dari lebih 250 organisasi itu telah berjaya menghasilkan lebih 20 cadangan projek permulaan ('entry point projects') untuk mempertingkat keupayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) negara untuk menjana lebih RM300-bilion Pendapatan Negara Kasar (GNI) sehingga tahun 2020. KUMUDA diwakili pengerusinya, dalam Dimensi Sosial yang disertai oleh 57 individu dari 50 buah organisasi termasuk beberapa kementerian dan agensi kerajaan (GOV), serta institusi akademik (EDU) dan entiti-entiti perniagaan swasta (BIZ) dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Laporan media ada di BERNAMA: http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=608612
  4. SELASA, 2 OGOS: Pendaftaran dibuka untuk kursus-kursus persedian Rancangan Perniagaan KUMUDA. Sila sahkan penyertaan anda dengan Pengerusi JKK Pendidikan, Pn. Siti Huraizah (04-866-2706 di PID Balik Pulau) selewat-lewatnya 5 OGOS 2011:-
    1. Bengkel Rancangan Perniagaan (RP/BP) @ Alor Setar (13-15 SEP: 3 hari)
    2. Minggu Ilmu Kerja Bersama-sama KUMUDA II @ Petaling Jaya (26-30 SEP: 2-5 hari setiap kursus)
  5. KHAMIS, 28 JUL: Lima anggota KUMUDA termasuk tiga anggota Lembaga telahpun berjaya menyempurnakan penyertaan dalam dua kursus di Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Petaling Jaya, Selangor - Kursus Keusahawanan dalam sektor Perkhidmatan-Pelancongan selamat empat hari (25-28 JUL) oleh En. Nasir (Pengerusi KUMUDA yang juga dilantik Penghulu Kursus), En. Zainol & Pn. Siti Aminah (Pengerusi JKK Pelancongan KUMUDA), dan Kursus Pengurusan Projek selama tiga hari (25-27 JUL) oleh Setiausaha KUMUDA, En. Muzafar dan Bekas Setiausaha KUMUDA, Pn. Siti Huraizah. Semoga ilmu yang telah diperolehi akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk aktiviti-aktiviti KUMUDA yang berikutnya dalam tahun-tahun mendatang.
  6. RABU, 20 JUL: Bendahari KUMUDA, En. Rosli, dan Bekas Setiausaha KUMUDA, Pn. Siti Huraizah telahpun menyertai Klinik Akaun Koperasi di SKM @ George Town selama dua hari pada 19 & 20 JUL 2011.
  7. RABU, 13 JUL: Pengerusi KUMUDA akan menyertai Digital Malaysia Lab di Kelana Jaya, sebuah program lima minggu anjuran PEMANDU/EPU/Jabatan Perdana Menteri & MSC Malaysia (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) untuk menyediakan 'masterplan' ICT negara bermula Isnin, 18 JUL hingga 19 OGOS 2011. Untuk sebarang cadangan/input bagi pelan induk ataupun 'blueprint' ini, silalah hantar kepada pengerusi @kumuda.org.
  8. ISNIN, 11 JUL: ANGKASA telah menganjurkan Rombongan ke Sambutan Hari Koperasi Negara 2011 di Putrajaya. Peserta (termasuk lima anggota KUMUDA) di bawa ke Putrajaya dengan bas pada kadar hanya RM20 setiap anggota koperasi atau ahli keluarga masing-masing, dengan berhenti sekejap di Textile Walk, Nilai 3 selepas majlis perasmian HKN10 oleh YAB Perdana Menteri.
  9. ISNIN, 11 JUL: Kem Pemantapan Kepimpinan Koperasi yang telah dirancangkan di Pusat Latihan & Rekreasi Paya Pahlawan, Jitra telah ditunda ke tarikh yang akan diberitahu kelak.  Kem berikutnya dicadangkan pada Oktober 2011 di Selangor.
  10. ISNIN, 4 JUL:  Program perangkaian Sembang-Sembang (untuk usahawan wanita) telah berjaya dilaksanakan pada Khamis, 30 JUN 2011 di Dewan Banquet Pusat Pengajian Pengurusan USM, kampus Minden, dan Bengkel Sehari Keusahawanan Teknologi bersama Usahawan Amerika Syarikat, Adrienne P. Cornelsen pula, pada Jumaat, 1 JUL 2011 adalah di Dewan Mutiara Warisan, Tingkat 6 Bangunan PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang), Butterworth.



    Seramai lebih 70 individu telah menyertai Sembang-sembang kali kedua ia dianjurkan di Pulau Pinang (meningkat dari 60 individu pada acara pertama), dan 30 individu pula menyertai bengkel Scope, Speed, Scale yang pertama kali diadakan di Pulau Pinang.

  11. 1 JUL 2012: Program 'Retreat (Pra-transformasi) KUMUDA' dimulakan...
  12. ISNIN 20 JUN: Kursus Kepimpinan Koperator Wanita telah diwakili oleh tujuh anggota KUMUDA termasuk dua anggota Lembaga KUMUDA.  Program telah diadakan di Safira Country Club, Seberang Jaya pada hujung minggu 18-19 JUN 2011

Last Updated (Tuesday, 14 August 2012 01:49)