SMK DATO' SYED ESA BHD

KALENDER

«  January 2018  »
MTWTFSS
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031
Home PENGENALAN
SEJARAH KOPERASI PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 11 August 2008 22:13

Pada tahun 1977 Koperasi SMK Jalan kolam Air Batu Pahat Berhad ditubuhkan secara rasminya dengan menggunakan no pendaftaran 11.7.1977 oleh Jabatan Pembangunan Koperasi. Encik Gorbax Singh merupakan pengerusi pertama Koperasi SMK Jalan Kolam Air merangkap pengetua SMK Jalan Kolam Air.

Dahulunya koperasi ini hanyalah sebuah kedai kecil sahaja, iaitu separuh bilik darjah. Lama-kelamaan keluasan koperasi semakin besar dan jumlah barangan semakin bertambah. Pada tahun 2008, nama SMK Jalan Kolam Air bertukar SMK Dato’ Syed Esa. Namun begitu, Koperasi telah berpindah ke bangunan sendiri yang asalnya hanyalah sebuah pondok bacaan sahaja. Idea asal perpindahan ini ialah daripada Tuan Haji Fauzan Bin Sukimi iaitu pengetua SMK Dato’ Syed Esa. Premis baru ini sangat selesa dan mesra pelanggan.

Antara anugerah yang diperoleh koperasi ialah,

i. Saguhati Kuiz Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 1993

ii. Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik 1994 anjuran ANGKASA

iii. Koperasi Sekolah Cemerlang 2002 anjuran Jabatan Pembangunan Koperasi

iv. Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah 2005 anjuran Jabatan Pembangunan Koperasi

v. Saguhati Pertandingan Kitchen Garden / Edible Landskap 2009 anjuran Kementerian Industri Asas Tani

vi. Johan Program Keusahawanan Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah 2011 Cawangan Negeri Johor

vii. Saguhati Program Keusahawanan Pembudayaan Keusahawanan Koperasi Sekolah 2011 peringkat kebangsaan

viii. Petanque Peringkat Daerah Tempat Ketiga Kategori Lelaki dan Tempat Keempat Kategori Perempuan

Last Updated on Monday, 03 December 2012 06:50
 
Copyright © 2018 SMK DATO' SYED ESA BHD. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License. Professional joomla templates
Professional joomla templates, hosting company.