PROFILE KOUPSI

  UNIT INDUK

  AKTA KOPERASI

  CADANGAN / ADUAN

  LEMBAGA PENGARAH

  UNIT BUKU

  UNDANG-UNDANG KECIL

  RAKAN NIAGA

  PENGURUSAN KOUPSI

  UNIT BAKERI & KAFE

  TADBIR URUS KOPERASI

  PELANGGAN KAMI

  JURUAUDIT DALAMAN

  UNIT PASAR MINI

  LAPORAN TAHUNAN

  KURSUS KOPERASI

  AHLI KOPERASI

  UNIT KOOPCC             

  BORANG ONLINE

  LOGIN EMAIL


   Ahli Koperasi

Ahli koperasi merupakan asas utama dan tertinggi strukturnya dalam organisasi sesebuah koperasi. Mereka akan menyuarakan hak mereka semasa mesyuarat agung tahunan koperasi. Ahli akan menggunakan kuasa demokrasi mereka memilih wakil mereka sebagai Ahli Lembaga Koperasi yang akan berperanan menjaga kepentingan ahli koperasi keseluruhannya.

Ahli Lembaga Koperasi pula akan melantik Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Pengerusi pula akan melantik Biro-Biro dikalangan ahli lembaga yang lain. Segala urusan Ahli Lembaga Koperasi terikat sepenuhnya dan perlu mendapat persetujuan ahli. Ini termasuklah elaun, honorium dan segala imbuhan perlulah dibentang dan dipohon semasa mesyuarat Agung Tahunan.

 

  Syarat Jadi Ahli Koperasi UPSI Berhad.

Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:

a. Seorang warganegara Malaysia;

b. Telah mencapai umur lapan belas tahun;

c. Menjadi pelajar berdaftar atau bekerja tetap dalam kawasan operasi koperasi ini, dan

d. Bukan seseorang yang tak upaya dari segi mental, atau bankrup yang belum dilepaskan, atau seseorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau seseorang yang telah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.